06 Oktober 2016

Cakchibow Cafe Memang Puas Hati


Lepas tengok gambar-gambar hasil dari rakan office aku yang buat food review dekat sini, aku dan geng aku di Ipoh ni pun terus ke sini semalam untuk celebrate Fika yang nak sambung Master. Mulanya kami nak ke kafe lain, tapi ramai pulak kat situ, terus tukar lokasi.

Tapi tak menyesal la datang ke Cakchibow Cafe ni. Memang puas hati. Aku pesan Chicken Chop Breaded sampai aku tak habis makan...percaya tak? Portion dia banyak. Sos blackpepper memang terbaik. Pasta pun sedap dan air yang sedap serta unik. Kebab butter rice pun sedap. Senang kata kalau datang sini memang puas hati la makan. Takkan menyesal punya.







Suasana kafe ni menarik dan tak serabut dengan design-design yang menyemakkan mata korang. Kiranya kalau korang nak lepak kat sini lama-lama pun okay. Relax je suasana dia. Kalau korang nak celebrate apa-apa kat sini pun okay. Boleh telefon (Google) dan tempah. Aku pun tempah meja setengah jam sebelum datang sebab takut penuh. Hehehehe...



Cuma, parking dekat sini susah sikit sebab betul-betul tepi jalan utama dan berdekatan dengan Gerbang Malam. Jadi kalau hujung minggu tu, aku rasa susah sikit la kot dapat parking. Tapi kalau korang dapat parking jauh sikit, korang akan rasa berbaloi dengan langkah kaki korang tu dengan kesedapan makanan dekat Cakchibow Cafe ni.

Owh...kenapa nama cafe ni Cakchibow? Sebenarnya, Cakchibow ni adalah bahasa orang Perak (ejaan yang dimodenkan - cakcibo) untuk pepatung (hasil aku Google) sebab tu ada gambar pepatung dekat kafe ni..heheheeh...


4 ulasan:

Shiqeen Sattar berkata...

Omaigaddd detox detox detox!

Amanda Suria berkata...

Akak suka cafe ala2 hipster macam ni...

Sue Izza berkata...

chakcibowwww? ateeee nasib baik tak di hidang chakcibow goreng ye hahahha....

adianiez AIDA berkata...

menarik.
gambo tu memang menarik perhatian utk org yg tgk dtg cafe tu.
menyelerakan.

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...