24 Oktober 2016

Bercuti Di Medan [Part 2]

Ok sambung entry semalam... lepas check-out dari hotel di Berastagi, kami bertiga terus menuju ke Tigaras Port untuk ke Samosir Island di Lake Toba. Korang tahu kan sejarah Lake Toba ni. Masa belajar di sekolah dulu pun ada jugak sebut tentang Lake Toba ni.

Tapi dalam perjalanan, kami singgah di Sipisopiso Waterfall. Haaa...yang ni pun belajar jugak di sekolah dulu. Aku teringin nak pergi dan tak sangka sampai jugak dekat sini. Air terjun ni setinggi 120 meter, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Menariknya, Sipisopiso Waterfall ni terletak bersebelahan dengan Lake Toba di bahagian utara. Cantik gila pemandangan kat sini.





Perjalanan dari Berastagi ke Sipisopiso Waterfall ni dalam satu jam. Tapi tak terasa sebab cantik pemandangan sekeliling sepanjang perjalanan ke Tigaras Port.

Ok...bila dah habis bergambar dekat sini, kami terus ke Tigaras Port untuk ke Samosir Island. Perjalanan dari sini ambil masa dalam satu jam dan korang boleh tengok pemandangan Lake Toba. Sejuk dan menenangkan. Selalunya, kalau yang nak ke Samosir Island, dorang akan ikut Parapat, tapi kami ikut Tigaras Port yang tak ramai orang tahu. Perjalanan dari Tigaras Port ni lebih kurang 30 minit untuk ke Samosir Island.





Sampai ja di Samosir Island, terus kami ke Toledo Inn yang terletak betul-betul di tepi Lake Toba. Bilik yang kami dapat pun menghadap Lake Toba ni. Memang cantik gila. Dan hotel di Toledo Inn ni, takda aircond..hehehe...jangan risau bab panas sebab korang takkan rasa pun. Sejuk je.

Pemandangan pun cantik dan ada pulau kecil yang dihubungkan dengan jambatan. Ala-ala di resort mewah macam tu. Yang best, masa kami check-in tu. Hanya kami ja yang ada di resort tu. Guest lain langsung tak ada...hahahahaah...









Lepas makan malam, terus balik tidur dengan tenang. Hehehehe...tak panas tapi sejuk. Siap berselimut lagi. Hehehehe... kalau honeymoon dekat sini pun menarik.

Esoknya, lepas check out, kami terus ke Medan. Kami balik ikut Perapat. Dan ambil masa lebih kurang empat jam untuk ke Medan. Dekat sini dah kurang dah pemandangan lepas korang keluar dari kawasan Lake Toba. Cuma lalui jalan-jalan pekan kecil ja.

Sampai di Medan, pergi ke rumah Yusoff untuk makan malam sebelum check-in hotel. Balik ke hotel, aku dan Ayie jalan-jalan di sekitar hotel.

Esoknya, lepas check-out, terus ke Istana Maimun, salah satu tempat pelancongan di Medan dan ke rumah keluarga Yusoff untuk makan tengah hari sebelum ke lapangan terbang.





Dah selesai makan semua, terus ke airport dan balik ke Malaysia. Cewahhh..bajet jauh je kan... sampai di airport, terus beli tiket bas balik ke Ipoh. Maka tamatlah percutian aku di Medan.

Okay...satu maklumat tambahan, kalau korang nak bercuti ke Medan atau mana-mana tempat di Indonesia, korang boleh hubungi Yusoff atau James (aku kenal jugak) sebab dia ada satu travel agent di sana. Aku pun pernah guna perkhidmatan pakej sebelum ni untuk ke Yogjakarta dan Jakarta-Bandung. Terbaik dan harga pun berbaloi. Korang boleh layari website Anda Sumatra dan hubungi nombor yang tertera. Selamat bercuti...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...