23 Oktober 2016

Bercuti Di Medan [Part 1]



Alhamdulillah...aku dan Ayie selamat pergi dan selamat balik bercuti di Medan, Indonesia selama empat hari dari 19 hari bulan sampai 22 hari bulan. Mengejut jugak sebenarnya percutian kali ni. Lebih kurang dua minggu nak fly, baru beli tiket. Nasib baik la ada saving sikit-sikit. Boleh la guna...

Aku ambil penerbangan pertama dari KLIA2 pada 19 haribulan tu jam 8.40 pagi. Jadi aku dari Ipoh naik bas ke KLIA2 jam 1 pagi. Memang sampai awal gila. Jam 5 pagi dah terpacak dekat KLIA2 tu. Memang mengantuk gila sebab dalam bas aku tak boleh tidur sangat.



Ingatkan flight on time, rupanya terpaksa delayed selama satu jam sebab cuaca di Kuala Namu tak elok. Dah masuk dan duduk dah dalam pesawat, tapi kena keluar balik. Dah la dengan perut lapar... adeihh... nasib la tak lama, cuma 40 minit ja...

Sampai di Medan, kawan aku yang memang orang Medan, Yusoff, dah tunggu kami di lapangan terbang. Aku kenal Yusoff ni dah lama, dari aku praktikal di agensi pelancongan lagi. Dia la yang jemput aku ke Medan untuk bercuti dan ada sikit kerja yang aku kena uruskan dengan dia...

Sampai di Medan, terus pergi makan di Soto Kesawah. Katanya soto ni terkenal di Medan. Memang sedap. Kena dengan citarasa aku. Hehehe.. dalam kereta dari lapangan terbang, aku dah cakap dah dekat Yusoff untuk makan street food ja, baru rasa original makanan tempatan.



Lepas makan, kami bertiga terus bergerak ke Berastagi. Dari bandar Medan ke Berastagi ambil masa dalam dua jam setengah dan perjalanan ke sana bagi aku memang cantik. Macam aku cakap sebelum ni, Indonesia ni banyak pemandangan yang cantik. Sama juga di Medan. Tak terasa pun perjalanan dua jam setengah tu dengan pemandangan hijau keliling korang.

Dalam perjalanan ke Berastagi tu, kiri kanan korang akan ada ladang buah limau dan kedai BPK (Babi Panggang Karo) sebab majoriti di perjalanan Berastagi tu adalah Kristian dan masyarakat Batak.



Aku menginap di Sinabung Hills yang memang aku jamin, pemandangan yang sangat cantik. Sungguh, aku tak tipu. Bangunan ala-ala zaman kolonial dulu. Berastagi ni kawasan tanah tinggi. Kalau kita macam di Cameron Highlands dan Fraser Hills la. Sejuk walaupun tengah hari. Malam pun sejuk gila. Bercakap pun keluar 'asap'.. hahahaha..

Aku yang ada lemak ni pun sejuk. Apa lagi Ayie dengan Yusoff, menggigil-gigil. Tapi best. Nyaman ja dekat sini.



Pagi? Celik ja mata, bukak tingkap memang korang akan terus menggigil.. sejuk gila sampai berkabus. Rasa nak berselimut ja sepanjang masa. Tapi disebabkan kami nak ke Samosir Island yang ambil masa lebih kurang dua jam dari Berastagi, jadi kena gerak awal. Lepas breakfast dan ambil gambar sikit-sikit, terus bergerak ke Samosir Island.





Okay, nanti aku sambung lain. Dah panjang sangat ni, korang bukan baca sangat pun, tengok gambar je...nanti gambar aku buat entry lain...hahahaha...


2 ulasan:

Hamzah Saragih berkata...

Melancong medan

4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
(1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
--------------------------------------------------------------------
DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free  on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE



Thanks /Regards

HAMZAH SARAGIH
Tour Guide Medan Sumatra Utara - IndonesiaTelp // WhatsApp :+6282160211106
Email : hamzahsaragih@ymail.com
Web : http://hamzahsaragih.blogspot.com
Facebook : Hamzah Saragih Ym : Hamzah Saragih

Melissa Wardi berkata...

Hello blog readers,
I do not recommend this agency Enjoy Holiday Medan. I used their service on Feb 2017 and all i can say that this one RUDE staff and a liar, he only wants your money!!. I can pm u more on if u plan to use their service, i can show u how rude their staff was n how he cheated us.

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...