27 September 2016

Seafood Segar Di Anjung Senibong Seafood



Kebetulan datang outstation di Johor Bahru, penganjur bawa kami makan malam di Anjung Senibong Seafood... mulanya aku ingatkan cuma restoran makanan biasa, tak expect pun makanan laut..tengok bila dah sampai, baru tahu banyaknya kedai-kedai yang menyediakan makanan laut. Dari ikan siakap, ketam, sotong, udang dan lobster termasuklah KING CRAB!!!





SEDAP dan SEGAR ! Itu ja aku mampu cakap... kemanisan udang, ketam dan lala tu memang tak dapat dinafikan macam baru 'naik' dari laut. Owhhh..lupa nak bagitahu, Anjung Senibong Seafood ni terletak di tepi laut / muara sungai ye... so dapat la feel angin tepi laut tu... itu yang makan bertambah tu.



Harga? Aku rasa harganya agak standard untuk makanan laut yang segar ni... tambah lagi dengan suasana tepi laut sambil melepak ni, aku rasa harga tu berbaloi, sangat berbaloi...

Sampai sekarang aku duk terasa lagi kemanisan ketam tu... sedapnyaaaa...

1 ulasan:

Amanda Suria berkata...

Akak suka makan kat sini even harga sedikit mahal compared to other place in Johor..hehhehe...lama x lepak makan sini

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...