03 September 2016

Kendurian Dua Orang

Kami makan di ruang tamu ye...itu tilam housemate...

Pada mulanya, aku dengan Zul tak rancang pun nak beli durian...semuanya kebetulan memandangkan aku pun teringin nak makan durian... bila pergi pasar malam dekat Bercham Raya, dah beli makan semua, tetiba Zul ni nak beli durian, aku mulanya macam malas nak beli sebab dah ada nasi kerabu dan ayam percik...tapi bila bau durian tu, aku tak tahan...merecik gila bau...

Beli pun, tak beli buah yang gred elok sebab kamj berdua ja nak makan, nak bagi lepas rasa mengidam... ambil buah longgok je... tiga biji RM10... disebabkan ada dua longgok je lagi, abang yang jual tu pun duk pujuk suruh ambil dua longgok RM15, kami pun ambil la walaupun nak makan berdua... lagi pun, kalau ambil selonggok, takut buah tak elok, jadi baik ambik enam biji terus...



Sampai rumah, lepas makan nasik kerabu, baru makan durian... nasib baik ambil enam biji... 2 biji buah tak isinya keras... sebiji lagi dah berair (buah banyak hari)... nasib dua biji lagi ok gila... nasib badan la sebab beli buah longgok kan.. hehehe...

Kami meratah ja buah durian tu...tapi kalau ada pulut dengan santan, lagi puas makan...huhuhu....

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...