08 September 2016

Fikir Baik Maka Baiklah Jadinya



Kadang-kadang tak dinafikan yang kita akan berfikir negatif dalam sesetengah perkara... itu memang tak dapat dinafikan sebab aku sendiri pun macam tu. Ada sesetengah perkara memang aku fikir yang negatif saja walaupun hakikatnya adalah perkara yang sebaliknya.

Bagi aku, berfikiran negatif ni kadang-kadang bagus juga terutamanya kalau kita sedang merancang sesuatu. Maksud aku, kita fikir baik buruk sesuatu yang kita rancang tu dan akan memudahkan kita membuat 'backup plan' kalau perkara negatif yang kita fikirkan betul-betul terjadi.

Tapi dalam masa yang sama, tak salah sebenarnya untuk kita fikirkan perkara yang positif dalam setiap kejadian. Sebabnya? Kita tahu dan kita kena yakin pasti ada hikmahnya dalam setiap kejadian. Aku pun kadang-kadang berfikiran positif terutamanya kalau melibatkan orang-orang yang disekeliling aku.

Tak salah untuk fikir negatif atau positif. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Lumrah manusia untuk berfikir. Tapi jangan la sampai takut untuk mencuba.

Bagi aku, kalau kita berfikir benda yang baik, maka baiklah jadinya. Setiap kata-kata tu doa, dan tak mustahil apa yang kita fikirkan tu akan terjadi dengan izin Allah SWT.

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...