13 September 2016

Cerita Raya Haji 2016



Kalau tahun lepas aku kena kerja sewaktu raya haji, tahun ni aku dapat cuti...hohoho... jadi Ahad petang aku dah balik ke kampung...pada mulanya aku macam malas balik kampung sebab cuti sehari ja, tapi bila fikir-fikir balik, aku duduk di Ipoh pun tak buat apa, baik aku balik... jimat jugak duit makan, malah terlebih makan sebenarnya...



Lepas sembahyang raya, aku pergi rumah saudara-saudara kat sekitar rumah aku, makan-makan lebih kurang, balik rumah tidur...nasib la tak ada orang datang ke rumah aku... dapat la tidur sejam dua...



Lepas bangun tidur, sambung makan balik...petangnya aku balik ke Ipoh... penat dan lenguh badan tu biasa la sebab merempit sejam setengah dari Alor Pongsu ke Ipoh... alah bisa tegal biasa bak kata orang...



Sampai Ipoh, aku rehat kejap, malam sambung melepak dengan member aku... kebetulan Capeq balik, jadi aku, Naz, Basyir, Faees, Afkar pergi la melepak di Chekodok Raggae House... Chekodok Raggae ni antara yang terawal la kafe hipster di Ipoh ni... sepanjang setahun lebih aku kat Ipoh, ni pertama kali aku datang sini...nanti aku review lain...

Well...itu je la cerita raya haji aku tahun 2016.. bye...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...