22 September 2016

Apa yang aku dapat dari Blog?



Aku dapat kepuasan! Itu yang aku boleh katakan bila ada yang tanya apa yang aku dapat bila aku berblogging. Aku suka membaca dan menulis. Jadi kalau orang cakap aku tak dapat apa-apa dengan berblogging, itu jawapan aku.

Walaupun aku seorang wartawan yang menulis sepanjang hari dan menghadap komputer dari pagi sampai ke petang dan kadang-kadang sampai ke malam, tapi kepuasan tu berbeza bila aku menulis di blog. Menulis di blog berikan aku satu kepuasan yang berbeza berbanding aku menulis berita atau rencana.

Menulis di blog ni macam kita bermonolog dengan diri sendiri. Diari kita. Ada yang suka menulis tentang apa yang dilalui setiap hari, tentang perasaan, tentang minat masing-masing. Sama macam aku. Aku tulis apa yang aku rasa sebab itu bagi aku satu kepuasan.

Dengan berblogging jugak aku dapat tambah network aku, pengetahuan aku tentang dunia blog dan macam-macam lagi. Bila aku sertai Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9), lagi banyak ilmu yang aku dapat dari otai-otai blogger. Semua tu aku cuba praktikkan dalam penulisan di blog aku dan kerjaya aku sebagai wartawan.



Aku pun bukannya update blog setiap masa. Selalunya waktu malam sebelum tidur, itu pun bukan setiap hari. Tengok mood sebenarnya...huhuhu... Aku rasa puas bila menulis. Aku boleh tulis apa yang aku nak, apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui. Beri satu kepuasan dekat aku...

Dengan berblogging ni, aku dapat bantu ramai orang. Rasanya la.. contohnya macam satu entry aku tentang Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM. Ramai adik-adik yang bertanyakan dekat aku tentang kursus ni dan aku bantu jawab yang mana boleh dan aku tahu.

Jadi kalau korang nak menulis blog, aku sangat galakkan. Mana tahu dengan penulisan kita di blog dapat membantu ramai orang..

4 ulasan:

Nadia Johari berkata...

yup puas..lepas tu suka cerita pasal anak..lepas tu baca balik..lepas tu tergelak sendiri..ehehe

Kak Long berkata...

Betul2. Ramai sebenarnya yg kita boleh tolong dengan hanya menulis blog.. :)

Kipidap (y)

Sue Izza berkata...

sama la kepuasan dalam menulis,buat blog pun sebagai catatan diri sendiri,sebagai kenangan hari2 esok,bonusnya bila berblog boleh dapat ramai kawan,tak mengejar duit pun sebenarnya,itu hanya satu bonus la,minat menukis dan berkongsi tu lebih utama.

Mama Kembar 3 berkata...

Yup, puas bila dapat luahkan dan jadikan catatan kenangan. For me, nanti anak anak dah besar diorang pun boleh baca tentang keletah diorang masa kecil hehe

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...