21 Ogos 2016

Berhenti Beli Novel



Aku rasa aku perlu berhenti beli novel dalam tempoh sebulan dua ni sebab hari ni aku dah borong 6 novel dan dapat satu novel percuma... tambah lagi, aku ada dua lagi buku - 1 novel, 1 fixie- yang aku belum baca... tak tau la masa bila aku boleh habiskan semua novel-novel tu...

Kebetulan Penulisan2U dan Karya Seni ada buat Pre Merdeka Sales dekat Angsana Mall, Ipoh dan hari ni aku habis kerja awal, aku ke sana sekadar untuk 'melihat'... cadangnya nak beli satu dua novel ja... tapi tengok macam banyak novel best dan harga pun murah, aku pun tak sedar terambil enam novel...hahahah...mulanya nak letak balik je dua tiga novel, tapi sayang pulak...


Harga pun ada diskaun dalam RM5 ke RM8 untuk setiap novel, jadi aku jadi rambang mata jap nak memilih... walaupun aku rasa masa aku memilih tu, aku sorang ja laki tengah membelek novel, aku buat derk ja...yang laki lain, kebanyakkannya teman isteri atau cik makwe membeli...hahahaha...

Total enam novel, RM134 selepas diskaun... kalau tak ada diskaun, RM166... novel percuma RM21... aku dah jimat lebih kurang RM50++...

Jadi buat masa sebulan dua ni, aku kena hentikan dulu beli novel... aku dah rewardkan diri aku untuk beberapa bulan terus...tunggu habis baca semua novel ni, baru aku beli lain...

4 ulasan:

gulew kapas berkata...

banyak gile. hahha

Cik Azz berkata...

Dalam enam novel tu, cuma satu je yang akak dah baca iaitu Ya Maulana.

p/s: Akakpun minat baca novel jugak. :D

Afiq Halid berkata...

Pinjam satu dua. Hehe

Amanda Suria berkata...

Wah..jarang jumpa lelaki suka baca novel ni..boleh gang ngan akak la

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...