01 Julai 2016

Signifikan 1 Julai Pada Aku



Signifikannya 1 Julai kepada aku adalah hari ni genap setahun aku kerja di portal berita Perak Today sebagai wartawan. Lepas tamat praktikal pada 20 Jun 2015, aku berehat dalam 10 hari sebelum aku sambung bekerja dan hari ni, genap setahun aku bekerja sebagai wartawan.

Alhamdulillah, dalam setahun ni, walaupun masih setahun jagung...aku dah rasa macam-macam...bermacam angle story aku dah buat...dari sukan, politik, human interest, bisnes dan macam-macam lagi..syukur aku diberi peluang yang sebegini tanpa tunggu lama selepas tamat praktikal.

Walaupun kadang-kadang rasa macam dah bosan dengan dunia media, tapk disebabkan ini cita-cita aku dan apa yang aku lalui ni adalah asam garam dalam dunia media, aku lalui ja...aku tahu, senior-senior rakan media aku dah rasa apa yang aku rasa...jadi kalau dorang boleh buat, kenapa aku tak boleh kan?

Insya Allah..aku akan cuba untuk terus kekal dalam dunia media ni... aku dah berkorban macam-macam untuk ada dalam dunia ni, kenapa aku perlu berputus asa...baru setahun, ada banyak perkara lagi yang aku belum rasa... jadi tak perlu menyerah... banyak lagi perkara yang aku sendiri nak merasa.. insya Allah sampai masanya, aku akan rasa semua tu, sama macam senior media yang lain...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...