19 Jun 2016

Tamat PRK Kuala Kangsar



Selepas kira-kira dua minggu aku 'berkampung' di Kuala Kangsar, hari ni baru aku jejakkan kaki semula di Ipoh...penat chorr dekat sana...mana dengan bulan puasa lagi...bertambah penat...ditambah lagi dengan aku 'mengetuk' berita politik saja dekat sana...dah naik tepu dah otak...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar...tak ada insiden-insiden yang tak diinginkan..dan ditambah lagi, aku masih berjaya berpuasa tanpa ponteng walaupun ada sesekali rasa macam nak ponteng...



Bekerja di bawah panas selama dua minggu dalam bulan puasa...perrghhh...bukan sesuatu yang senang...dari pagi sampai ke malam...nasib ada jugak masa nak rehat...



Dan kebetulan, dapat jugak jumpa dua orang batch-mates aku yang cover dekat sini dan lecturer aku masa di UiTM Shah Alam...dapat juga mengumpat dan acah-acah throwback kononnya...hahaha...



Walau apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baru, Datin Mastura Mohd Yazid kerana memenangi PRK tu...semoga Datin dapat meneruskan perjuangan arwah suami dan perjuangan Datin sendiri untuk membela warga Kuala Kangsar...





Satu pengalaman baru untuk aku sepanjang setahun aku bergelar wartawan...insya Allah akan memberi manfaat untuk aku di masa hadapan...

1 ulasan:

Sue Izza berkata...

dahhhh sila amikk cuti n balik kg,buka puasa ngan mak pulak

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...