30 Jun 2016

Kejap Rasa Bangga, Kejap Rasa 'Down' Gila

Bagi aku, sepanjang setahun aku terjun dalam bidang media ni...terutamanya untuk wartawan portal berita macam aku ni, macam-macam aku rasa...kadang-kadang rasa bangga, kadang-kadang rasa 'down' gila...sebabnya, bila berita aku tu diterbitkan, aku boleh tahu impak dia macam mana..orang suka atau tak suka, aku boleh tahu dalam masa beberapa jam ja selepas berita tu diterbitkan.

Kalau berita tu ramai orang komen, dikongsi ramai pembaca, pembaca seronok (kalau cerita sesuatu tempat)...aku rasa bangga sangat...aku rasa penulisan aku tu dihargai dan berjaya...macam aku dah menang trofi untuk berita terbaik...cewahh...kononnya la... aku pun tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan tu...

Tapi kalau berita tu tak dapat sambutan..tak dikongsi, takda komen, 'Like' sikit...aku mesti 'down' sikit...kadang-kadang rasa macam tugas aku sebagai wartawan ni tak sempurna...mungkin disebabkan tajuk dan berita tu takda kepentingan untuk orang ramai, jadi orang pun setakat tengok tajuk je la...aku tak salahkan pembaca...cuma aku sendiri yang rasa macam tu...

Tambah 'down' lagi, bila orang komen tentang gaya penulisan tu...typo sikit pun orang komen...tapi aku ambil dari sudut yang positif...aku jadikan itu sebagai semangat untuk aku buat yang lebih baik lagi...mana tahu...satu hari nanti aku boleh tokoh wartawan...cewahhh..berangan ja la kau Firdaus...

Tapi tak salahkan nak berangan?hehehehe....

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...