10 Jun 2016

Disebalik Yang Tersirat



Hidup siapa yang tiada masalah? Setiap orang ada masalahnya yang tersendiri... itu memang kita tak boleh nak elakkan dalam menempuhi kehidupan harian kita... mahu atau tak, kita kena hadapi masalah tu... dan semestinya, kira memerlukan orang lain untuk menasihati kita untuk kita hadapi masalah tersebut...

Setiap nasihat yang diberikan, kadang-kadang bukan secara terus kita boleh terima... selalunya ada mesej yang tersirat dalam perbualan kita seharian sama ada kita sedar atau tak. Nasihat tu tak semestinya sampai dalam bentuk yang tersurat, tapi nasihat tu jugak boleh kita terima dalam bentuk yabg tersirat.

Selalunya orang lama yang akan berikan nasihat dalam bentuk yang tersirat. Mereka jarang untuk berikan nasihat secara terus, tapi sebaliknya mereka lebih suka untuk kita memikirkan apa yang tersirat... sebabnya, dari situ kita lebih faham macam mana kita nak hadapi sesuatu perkara tu.

Mungkin bagi sesetengah orang... kita sukar nak tahu maksud yang tersirat sebab kita malas berfikir... tapi itulah hakikat yang perlu kita terima... bagi aku, nasihat yang tersirat itu lebih bermakna dari nasihat yang tersurat...

1 ulasan:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid berkata...

disebalik tersirat itu adalah mutiara, didepannya hanya kulit cengkerang yang menguji keimanan

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...