03 Mei 2016

Tips memilih novel yang best


Bagi yang minat novel-novel cinta, bab nak memilih novel di kedai mesti jadi satu masalah...iya lah...tengok novel ni best, tengok novel tu pun best...kadang-kadang tengok tajuk pun dah macam menarik gila novel tu...itu novel yang dulu la...novel sekarang ni...entah lah...aku tengok tajuk pun macam tak menarik dan dah boleh agak jalan cerita macam mana.

Bagi aku, kalau nak pilih novel, jangan pilih berdasarkan tajuk, tapi pilih berdasarkan tiga perkara, pertama, sinopsis, kedua penulis novel dan ketiga penerbit...

Bukan apa, kadang-kadang aku tengok tajuk macam dah menarik, tapi bila beli baca rasa 'cliche' sangat jalan cerita...tak ada kelainan...sebab tu kena baca sinopsis novel tu dulu dan dari situ kita dah boleh tahu sama ada jalan cerita tu menarik atau tak...tapi kadang-kadang tak best jugak...mungkin orang yang dah banyak baca novel, boleh tahu sebuah novel tu menarik untuk dibaca atau tak...

Kedua, pilih dari segi penulis...sepanjang aku baca novel ni...aku rasa dah lebih 10 tahun aku baca novel, aku tak ada penulis novel yang aku minati...tapi kalau novel yang aku beli tu ada sambungannya, aku akan beli sambungan tu jugak sebab novel tu best...

Pernah jugak aku beli satu dua novel daripada penulis yang terkenal, tapi mungkin aku 'tersilap' pilih novel atau tak kena dengan aku, aku rasa tak best...jadi nama seorang penulis tu tak semestinya memastikan novel tu best ye...tapi semua tu terpulang pada pembaca untuk menilai novel seorang penulis tu best atau tidak...

Ketiga, penerbit novel jugak mainkan peranan untuk pastikan novel tu menarik atau tak...macam aku, aku dah kenalpasti beberapa penerbit yang menerbitkan novel-novel yang menarik...sebab bagi aku, ada sesetengah penerbit ni main ambil ja novel mana-mana untuk diterbitkan tanpa mengira kualiti sesebuah novel tu...jadi kena tahu la penerbit mana yang bagus dalam setiap novel yang dikeluarkan...aku tak nak sebut penerbit mana, nak tahu...pm abang ye...hehehehe....

Bagi aku sekarang ni, kalau aku nak beli novel, aku akan beli berdasarkan sinopsis tak kira siapa penulisnya...sebab kadang-kadang penulis yang baru nak naik ni pun best jugak novel dorang....

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...