02 Mei 2016

Puas hati aku...



Puas hati aku bila usaha selama enam tahun berbaloi dan aku berjaya tamatkan apa yang aku mulakan...enam tahun wei...bukan satu tempoh masa yang singkat...kalau aku dah kahwin, enam tahun tu aku dah dapat lima orang anak tau...wow, produktif betul aku ni...hahahaha...

Tiga tahun bergelut untuk dapatkan Diploma Pengurusan Pelancongan dan tiga tahun untuk dapatkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawanan daripasa UiTM...bukan satu perkara yang mudah untuk aku buktikan.

Walaupun ada yang menanggap aku membuang masa, tenaga dan wang ringgit, tapi demi satu kepuasan, aku abaikan apa orang cakap, aku pekakkan telinga. Sebab apa? Sebab aku tahu bukan aku sorang ja yang buat perkara yang sama...bukan aku sorang-sorang tetapi aku dapat sokongan dari keluarga aku dan kawan-kawan aku...



Bermacam benda yang berlaku dalam tempoh enam tahun tu...pahit, manis semuanya aku telan sendiri...tambah lagi di penghujung diploma dan sepanjang aku belajar di Shah Alam, ada beberapa masalah yang melanda...tapi aku harus tamatkan apa yang aku mulakan...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan aku berjaya tamatkan walaupun ada masanya aku jatuh dan semangat aku hilang...tapi Allah tetap bagi aku semangat untuk aku teruskan...

1 ulasan:

Ahmad Afiq berkata...

Tahniah Firzz. Semoga sukses di masa akan dtg

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...