06 Mei 2016

Novel 2 Dalam 1



Aku tak pernah beli novel dua dalam satu macam ni...tadi lepas habis kerja, aku dengan kak Ina ke Ipoh Parade...saja buang masa...sampai je Ipoh Parade terus ke Novel Hut, saja nak usah novel-novel terpakai...takde rancangan pun nak beli novel...lagi pun aku tengok novel kat situ keadaan dia agak tak best...tapi kalau pergi kena dengan masanya, semua novel dalam keadaan elok, siap ada yang baru keluar lagi...



Tiba-tiba aku terpandangkan satu novel ni...macam menarik, tebal pun tebal..jadi lama la sikit nak habisnya...novel yang aku baru beli Ahad lepas, dah habis baca pun dalam masa dua hari...hehehehe..

Bila aku tengok, rupanya novel dua dalam satu...maksudnya ada dua cerita yang digabungkan dalam satu novel. Aku tak pasti dua cerita bersambung ke tak...tunggu aku baca dulu...tapi dari sinopsis yang aku baca, macam takda kaitan...

Ini pertama kali aku beli novel dua dalam satu ni...sebelum ni tak pernah...cuma beli sambungan ja...macam novel The Wedding Breaker dan 13 Jam A380, Biarkan YM Berbicara dan Biarkan YM Terus Berbicara, The Unsung Hero dan The One Yang Terunggul...



Kalau cerita bersambungan mungkjn menarik untuk dibaca, jimat sikit duit nak beli novel...tapi kalau cerita yang berlainan, rugi sikit la...bukan rugi duit, tapi rugi jumlah novel aku...aku cadang nak banyakkan novel-novel aku, baru boleh buat perpustakaan mini kalau aku ada rumah nanti...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...