07 Mei 2016

Jangan difikir sangat kesilapan...

Kalau kita buat silap, pasti kita akan teringat sepanjang masa...terutamanya kalau kesilapan tu adalah kesilapan bodoh yang kita buat...opss...bukan kita, tapi aku...aku tak tahu kenapa kadang-kadang kesilapan kecil yang aku buat, akan buatkan aku sentiasa terfikir...kadang-kadang sampai tak boleh tidur...

Bukan benda besar pun, tapi kesilapan yang sangat kecil dan tak akan beri kesan besar dekat kehidupan seharian aku...tapi aku tak tahu kenapa aku kena fikir jugak kesilapan kecil tu...

Tapi tak ada la aku fikir lama pun...bangun tidur je, aku dah lupa...sesekali tu teringat la...malas nak serabutkan kepala otak fikir kesilapan bodoh tu lama-lama....tak mendatangkan faedah pun...

Cuma bila aku buat kesilapan bodoh tu, aku akan beringat di masa akan datang supaya aku takkan kelihatan bodoh lagi di depan orang lain...selesai masalah...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...