02 Mei 2016

Filem Review : Ada Apa Dengan Cinta 2



Habis ja kerja semalam, aku dengan rakan sepejabat aku dan kawan dia ke Aeon Station 18 untuk tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) yang hangat diperkatakan semua orang sekarang ni...ya la..selepas hampir 10 tahun, kalau tak silap, keluar AADC, baru ada balik filem ni..sama macam Dilwale, ada sambungan cerita...



Bagi orang yang tak pernah tengok AADC macam aku tapi teringin nak tengok AADC2, aku rasa korang semua akan faham jalan cerita AADC2..sebab flashback dalam AADC2 tak banyak, cuma dari segi dialog pelakon, kita tahu apa yang terjadi dalam AADC, cuma kalau nak tengok zaman persekolahan dorang, korang boleh tengok di Youtube untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas...

Pertama, pada mulanya, aku ingatkan AADC2 ni akan ada banyak drama dan boleh mengalirkan airmata atau sekurang-kurangnya boleh menyentuh perasaan aku, tapi sebaliknya pulak...hehehehe...jalan cerita biasa-biasa dan kita dah boleh agak apa yang akan jadi...



Kedua, filem yang aku jangkakan mampu menyentuh hati aku, gagal..sebabnya, tak banyak 'drama' yang boleh buatkan kita kesian pada Rangga atau Cinta..sebaliknya lebih kepada elemen komedi...aku tak tahu la sama ada aku sorang yang rasa macam ni, tapi dalam panggung wayang tadi, ramai yang gelak di babak-babak yang sepatutnya kita rasa kesian...

Ketiga, lokasi-lokasi lakonan sangat cantik terutamanya di Yogjakarta yang membuatkan aku rindu nak ke sana...



Keempat, pelakon-pelakon...hermm..aku tak pasti la sama ada mereka lakonkan watak mereka dengan baik atau tak...tapi bagi watak yang lawak, macam kawan-kawan Cinta tu, memang menjadi.

Bagi aku, AADC2 ni bukanlah filem romantik, sebaliknya komedi romantik...dan untuk keseluruhan, aku bagi 6/10 bintang...

1 ulasan:

Mama Kembar 3 berkata...

Tak pernah tgk AADC...AADC 2 tak tahu lah nak pi tengok ke tak

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...