01 Mei 2016

Beza Diploma dan Ijazah

Aku belum boleh move on lagi dari mood konvokesyen ni...hehehehe....maaf la...dekat setahun tunggu, jadi mood untuk sambut konvokesyen aku ni bertahan la banyak hari sikit...jadi kalau korang tengok gambar-gambar di Facebook dan Instagram aku yang berkaitan konvokesyen aku, maaf la ye...



Memandangkan aku merasa dua kali konvokesyen, aku tak rasa ada perbezaan...perasaan sama...bangga, sedih, gembira, terharu dan macam-macam lagi...tiga tahun Diploma, tiga tahun Ijazah, macam-macam yang terjadi, bukan senang oi nak lupakan semua tu.



Dengan kawan-kawan yang pelbagai kerenah, pensyarah yang bermacam gaya dan perangai, assignment yang berlambak banyak, aktiviti luar kelas yang padat, semua tu dah mematangkan aku (jap, aku ni matang dah ke?) dan buatkan aku lebih kenal dunia ni macam mana.

Enam tahun aku jadi sebahagian daripada 'keluarga besar' UiTM buatkan perasaan sayang dekat universiti ni semakin menebal. Mungkin bagi orang enam tahun tu apa la sangat, tapi dengan pelbagai perkara yang aku lalui, enam tahun tu dah cukup bermakna untuk aku.



Berada di dua fakulti yang berbeza, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) buatkan aku lebih rapat dengan UiTM. Ada pula kawan-kawan dari Fakulti lain, bertambah lagi rasa sayang aku dekat UiTM.



Jadi, perasaan aku sewaktu diploma dan ijazah, tak ada beza...semuanya sama, aku masih dan akan terus sayangkan FPHP dan FKPM...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...