08 Mei 2016

Bersama Bekas Pendebat Terbaik Asia



Aku dah mula 'follow' pendebat terbaik Asia ni sejak aku terbaca di media tentang Syed Saddiq Syed Abd Rahman baru-baru ni...bagi aku yang selalu ikut perjalanan dan kenyataan di Facebook Syed Saddiq di Facebook sejak bulan lepas, aku dah nampak pendirian dia dalam dunia politik tanah air...dan aku rasa, aku 'sekapal' dengan dia...

Sebagai bekas pendebat yang tak seberapa di sekolah dan Universiti yang tak ke mana, aku nampak ada karisma dekat Syed Saddiq yang memang perlu ada pada seorang pendebat...

Sempat bersembang dalam 10 minit selepas program di Gugusan Manjoi dua hari lepas dan berkongsi pendapat terutamanya dalam hal politik, banyak perkara yang aku setuju dengan apa yang diperkatakan Syed Saddiq ni...sebagai individu yang dah ke banyak perkara, aku yakin Syed Saddiq ni lebih nampak banyak perkara tentang keadaan politik dan isu semasa yang melanda negara sekarang ni...

Tapi, itukan memang satu kemestian untuk seorang pendebat...isu-isu semasa perlu diberi perhatian. Kalau tak, macam mana nak berdebat kan? Good luck Syed Saddiq Syed Abd Rahman dalam perjuangan bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Selamatkan Malaysia walaupun kadang-kadang ada beberapa perkara tak setuju dalam Selamatkan Malaysia...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...