19 April 2016

Pengarah Filem Malaysia Kekurangan Idea?

Malam ni ada sedikit perbincangan dalam whatsapp blogger tentang filem-filem dekat Malaysia ni..puncanya adalah disebabkan tentang filem Redha yang tak mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton...

Apa yang aku tengok sebelum aku jadi wartawan lagi, filem-filem berbentuk sejarah, negarawan, kekeluargaan kurang mendapat sambutan...sebab apa?nak salahkan penerbit dan pengarah atau nak salahkan penonton...

Kita tengok filem-filem sebelum ni, 1957: Hati Malaya, Kapsul, Tanda Putera, Bravo 5, Redha dan beberapa filem lain memang kurang dapat sambutan...berapa buah filem yang ada elemen kekeluargaan dan sejarah negara dapat sambutan?setahu aku cuma Ola Bola dan The Journey (kalau silap, aku minta maaf)...itu sahaja...yang lain?memang tak ada sambutan...

Tapi kalau filem-filem komedi, komedi romantik, seram memang confirm 'box office'..kutipan berjuta-juta...satu pertanyaan aku...apa mesej yang cuba nak disampaikan kepada penonton?aku tak nafikan ada filem-filem komedi dan seram yang ada mesej, contohnya macam Munafik, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombi Kampung Pisang, tapi filem-filem yang lain..sekadar untuk puaskan hati diri sendiri....

Lagi satu, apa yang aku perasan, filem-filem Malaysia ni, terutamanya filem romantik mempunyai jalan cerita yang sama..dah cliche...si lelaki kaya jatuh hati dengan perempuan kampung...ohh pelis...buat satu kelainan dan jangan tiru filem luar...

Dalam masa yang sama aku sebagai penonton juga tahu, kita dahagakan filem-filem yang santai dan ringan untuk lepaskan tekanan seharian...tapi biarlah kita menonton filem yang betul-betul mempunyai mesej dan ilmu...jadi tak adalah kita sekadar pergi 'kosong', balik pun 'kosong'.

Selalu kalau ada Di Sebalik Tabir sesebuah filem, pengarah dan pelakon akan cakap filem tu ada kelainan dan ada mesej yang nak disampaikan kepada penonton..tapi bila aku sendiri pergi tengok dekat wayang, aku tertanya-tanya...apa mesej yang nak disampaikan..aku sendiri tak tahu...mungkin aku ni yang tak pandai menilai sesebuah filem dan mesej yang nak disampaikan tu terlalu tersirat sampai aku sendiri tak tahu mesej apa yang nak disampaikan...

Masa filem Bhajrangi Bhaijaan meletup baru-baru ni..aku ada terbaca komen yang kata Malaysia patut buat filem-filem macam tu...tapi bila buat, adakah filem tu akan dapat sambutan?satu persoalan kat situ...

Apa yang aku harapkan, agar filem-filem berbentuk kekeluargaan, persahabatan, negara dapat diperbanyakkan lagi..filem-filem lain bukan tak boleh, boleh ja, cuma kalau boleh janganlah sampai dilambakkan sekaligus sampai dah tak ada kualiti..sekadar melepaskan batuk ditangga.

Dan penonton jugak, aku harap janganlah kita sekadar nak tengok filem-filem 'kosong'...kadang-kadang perlu, tapi ada masanya kita kena tengok juga filem yang betul-betul ada mesej...terima kasih...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...