12 April 2016

Pembukaan Sidang DUN Perak 2016

Hari ni bermula Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri Perak...pertama kali aku cover majlis pembukaan...kalau tahun lepas, aku cuma cover sesi perbahasan dalam dewan ja, tapi kali ni aku cover hari pembukaan yangndirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.


Upacara perasmian dimulakan dengan perbarisan kehormat daripada di hadapan bangunan Perak Darul Ridzuan atau SUK. Sultan Nazrin lengkap dengan pakaian rasmi seorang sultan, sama juga dengan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim...

Aku tak tahu kenapa aku sangat-sangat mengagumi Sultan Nazrin...bagi aku Sultan Nazrin ada satu aura yang tersendiri...dah lah hensem, pandai, berkarisma dan macam-macam lagi...sama macam Tuanku Zara pandai, cantik ada aura...memang pakej lengkap untuk satu keluarga Diraja. Mungkin disebabkan Sultan Nazrin adalah Sultan Perak pertama yang aku saksikan sepanjang 25 tahun aku hidup, ditabalkan sebagai Sultan Perak.


Dan hari ni, tercapai impian aku untuk dengar sendiri suara Sultan Perak masa Tuanku bertitah ketika merasmikan sidang DUN...suara pun ada aura weh...hahahaha...pengalaman baru...mungkin bagi wartawan senior...benda biasa..tapi bagi aku...ini satu pengalaman yang baharu...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...