05 April 2016

Menangis Aku Tengok Bhajrangi Bhaijaan



Walaupun dah lama keluar (sama dengan filem Dilwale kalau tak silap aku) baru malam ni aku dapat tengok...itu pun lepas berapa lama aku download dan biarkan dalam tab aku...

Satu ja aku nak cakap tentang filem ni, SUPERB!!! sinematografi cantik, skrip mantap, jalan cerita menarik, gaya cerita semua ada...lengkap sebagai sebuah filem.

Elemen kekeluargaan, kasih sayang dengan keluarga, kasih sayang dengan orang yang kita tak kenal, kasih sayang walaupun berbeza agama, percintaan (memang tak lari dari filem Hindustan), persahabatan dan macam-macam lagi dah cukup untuk lengkapkan filem ni...

Bab elemen percintaan, filem ni tak tekankan sangat bab-bab cinta...jadi tak cliche sangat berbanding filem-filem lain...

Aku menangis tengok filem ni...walaupun banyak babak-babak sedih di awal dan pertengahan filem, tapi itu tak berjaya buatkan aku menangis, cuma di akhir cerita berjaya buatkan airmata jantan aku keluar dengan sendiri...bukan dipaksa ya...

Untuk sekarang, hanya tiga filem Hindustan yang berjaya buatkan aku menangis...Khabi Khushi Khabi Gham, 3 Idiots, Phir Bil Dil Hai Hai Hindustani dan Bhajrangi Bhaijaan...

Aku bagi 11/10 bintang untuk filem ni..SUPERBBB...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...