11 April 2016

Magisnya Aura Seorang Ibu dan Ayah

Aku tak tahu kenapa hari ni aku rasa down gila...rasa macam 'bodoh' gila hari ni...aku taip berita pun typo merata...kejadian berlaku kat tempat lain, aku tulis tempat lain...memang down gila la semangat aku hari ni..nak kata aku penat..memang mustahil walaupun agak penat kebelakangan ni..tapi tak ada la sampai down sangat...

Dari pagi aku masuk pejabat sampai ke tengah hari aku rasa macam tu...lepas tu...masa aku tengah print untuk konvokesyen aku, aku telefon mak...sembang lebih kurang...dan mak dan abah pun cakap yang dorang pun tak ada semangat hari ni...jadi 'blurr' semacam...nak kata lama menyembang pun tak ada la lama sangat...dalam 10 minit macam tu ja sembang...

Tapi ajaibnya, lepas aku letak telefon, aku jadi lebih tenang dan relaks sedikit...ada semangat sikit untuk buat kerja...mungkin itu orang cakap semangat dari ibu dan ayah..


Aku rasa mungkin aku down sebab aku tak balik kampung..selalunya setiap kali aku dapat gaji, aku akan balik ke kampung untuk bawak mak abah keluar makan dan beli barang-barang dapur sikit...tapi disebabkan bulan ni aku terpaksa jimat cuti untuk konvokesyen aku hujung bulan ni, jadi aku tak boleh balik ke kampung...aku rasa kali terakhir aku balik ke kampung hujung bulan lepas...masa aku sertai operasi dengan AADK...itu pun tak lama..aku sampai dari Shah Alam dengan kakak aku pukul 8 malam..pukul 10.30 malam aku dah gerak ke Taiping untuk ikut serbuan operasi..orang cakap tak sempat lepas rindu.,,huhuhu...

Tak apa lah...yang penting mak dan abah sihat dan bahagia...itu ja doa aku dan abang kakak aku semua....

1 ulasan:

Kak Sue berkata...

Aura Mak dan Ayah nie memang magik kan..boleh buat anak tak keruan,dan mak dan yah pun boleh dapat rasa kalau anak dalam kesusahan..

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...