10 April 2016

Kecilnya Dunia Ni...

Hari ni pergi assignment..aku tak sangka dapat jumpa member aku satu batch dengan aku, Farieza Diana atau Ija...tapi kami kursus yang berbeza...dia ambil Public Relations dan aku Journalism...cuma kami ada ambil subjek minor yang sama dan bahasa ketiga yang sama kalau tak silap...



Dekat fakulti, takda la rapat sangat...cuma tegur-tegur macam tu ja..dekat Facebook pun baru sangat 'Friends' dan jarang komen..cuma bila jumpa depan-depan ni..rasa teruja lain macam...ya la..mungkin sebab tak dapat jumpa batch-mate yang lain, jadi bila jumpa, rasa rapat...

Sekarang dia kerja di MK Land dan kebetulan, dia ada program di Ipoh dan aku 'cover' program tu..itu yang boleh jumpa...sebelum ni aku dah perasan dekat Facebook bila dia upload gambar dekat Bukit Merah, tapi aku ingat dia bercuti, tak sangka pulak dia pergi atas dasar kerja.

Dan yang lagi mengejutkan aku...dia pun 'friends' dengan sepupu aku dan kawan aku...ingatkan macam mana la boleh kenal, rupanya mereka ni satu fakulti dulu masa diploma. Adeihh..kecilnya dunia ni...tak sangka...ingatkan cuma rakan masa degree, rupanya ada juga rakan masa diploma yang berkawan dengan dia...hehehehe...



Sebab tu kadang-kadang kita rasa macam pernah jumpa, tapi tak ingat..rupanya dia tu kawan kepada kawan kita..cuma tak pernah sembang..bila kebetulan jumpa, baru teringat dan tahu..kuasa Allah...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...