21 April 2016

Impian di hari tua...

Sekarang ni aku tak nampak lagi apa yang aku akan buat dalam masa 30 tahun akan datang...takkan aku nak jadi wartawan sampai ke tua kot? Aku nak ada satu perkara yang aku nak buat bila aku dah 'pencen' dari dunia kewartawanan ni...itu pun kalau aku masih dalam industri ni...

Tapi nak kata aku nak buka bisnes, aku tak rasa aku bukan jenis 'business minded' punya orang...aku masih tak jelas lagi apa yang aku nak bawa untuk masa akan datang...masa umur aku dalam 40 ke 60 tahun, kalau umur aku panjanglah...

Tapi bila aku fikir-fikir balik...aku rasa aku dah nampak apa yang aku boleh buat untuk hari tua nanti...aku rasa aku nak buka cafe yang berkonsepkan ruang membaca...sebabnya, aku jenis suka membaca dan suka makan...jadi kalau aku gabungkan dua perkara yang aku minat ni., mungkin boleh berjaya...

Lebih kurang macam ni konsep cafe aku...hehehe... (Google Image)

Konsep aku senang, yang utama sekali adalah cafe..tapi akan ada satu ruang tu aku akan tempatkan buku-buku aku untuk pelanggan yang datang nak relax dan tenangkan fikiran dan ada elemen hutan sikit...

Dari segi makanan, tak ada makanan berat..cukup makanan ringan atau kudap-kudap ja...kalau makanan berat, rosak pulak buku-buku aku nanti...atau mungkin aku boleh buat satu bahagian untuk makanan berat, satu bahagian untuk makanan ringan...

Mungkin juga buku-buku tu aku akan buat macam konsep di pusat sumber, pelanggan yang berdekatan boleh pinjam buku-buku tu...ada novel, buku motivasi dan buku akademik...jadi dah nampak kelainan dekat situ...hehehe...harapnya menjadilah...kot....rasanya mungkin itu boleh jadi kenyataan sebab aku tak nampak dah apa yang aku boleh buat untuk hari tua aku nanti...

1 ulasan:

Ahmad Afiq berkata...

Best kalau ada cafe mcm ni. Sambil minum2 boleh baca. Port terbaik tuk buat assigment.

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...