10 April 2016

#FMRGraduationDay : Menghitung Hari...

Lamanya lahai sementara nak menunggu konvo ni...dari lepas habis praktikal dah berbulan kena tunggu..sekarang ni bila dah dapat tarikh, makin tak sabar pulak nak tunggu hari konvokesyen...



Sekarang ni semua dah selesai. Yuran konvo RM175 dah bayar, hutang kolej entah untuk apa RM25 aku dah bayar, yuran kolej masa semester lima RM315 pun aku dah bayar, Kajian Pengesanan KPT pun aku dah buat, borang jubah pun aku dah cetak...semua dah selesai.

Nasib baik la masa aku tanya budak kelas aku tentang borang semua tu Khamis lepas, aku baru perasan yang aku belum sahkan kehadiran aku untuk konvokesyen. Yang aku buat cuma aku sahkan tentang maklumat aku...mati-mati aku ingat itu sekali untuk sahkan kehadiran...adeihhh...nasib baik la aku check awal...kalau tak, memang tak konvo aku...sia-sia ja aku ambil cuti lima hari...

Sekarang ni, menghitung hari. Lepas ambil jubah pada 16 haribulan, kena tunggu 10 hari sebelum harinya...tak sabar...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...