14 April 2016

Filem Review : Redha


Balik dari Sidang DUN, aku tak tahu nak ke mana...nak balik rumah pun aku tak tahu nak buat apa...nak terperap dalam bilik saja pun, aku dah bosan...lepasntu teringat pasal filem ni...Redha..sebab aku tertengok trailer filem ni dekat Facebook...macam menarik...sebab dari trailer pun dah nampak kelainan filem ni..tambah-tambah lagi, ada Namron...seorang pelakon yang aku gemari...

Terus aku ke AEON Kinta City dan nasib baik tiket masih banyak...aku masuk dalam panggung awal dan aku terkejut...kosong...mungkin terawal sangat kot aku masuk...tapi bila filem dah mula...memang tak ada orang...aku sorang je dalam panggung tu...tak tipu...selalu aku duduk satu baris tu, aku sorang...tapi kali ni..satu panggung tu aku sorang...nasib badan...hahahaha...

Bagi aku..filem ni menarik...banyak mesej dan ilmu-ilmu tentang autism yang kita akan dapat pelajari...apa itu autism, macam mana nak hadapi mereka yang ada autism, apa kelebihan mereka dan sebagainya...satu mesej yang sangat berguna untuk kita gunakan pada masa hadapan..

Mesej yang disampaikan pun banyak...pandangan orang ramai tentang mereka yang ada anak berpenyakit autisme, penerimaan keluarga terhadap mereka yang ada anak autisme dan sebagainya...


Barisan pelakon macam Remy Ishak, Nadiya Nissa, Susan Lankester, June Lojong dan adik yang berlakon jadi kanak-kanak autisme tu memang dah cukup untuk melengkapkan jalan cerita ni...

Cuma bagi aku...jalan cerita ni tak cukup mantap...tak berapa menyentuh perasaan aku walaupun aku cuba untuk hayati filem ni...walaupun lakonan Namron dan June Lojong dah cukup mantap..aku tak pasti kat mana silapnya yang buatkan filem ni gagal menyentuh perasaan aku...


Apa pun..aku puji pengarah filem Redha ni..satu kelainan yang dibawa dalam industri perfileman negara...boleh perbanyakkan lagi filem-filem sebegini dan mantapkan lagi jalan cerita...

Aku cuma boleh bagi 6/10 untuk filem ni...kipidap....

4 ulasan:

Shark Kay berkata...

xdek orang?
sedih sgt tu.
tgk trailer cmbest

Siti Ayu Zuati Jafri berkata...

Xdek org sbb dlm hari yg sama HUNTSMEN pun release kan.. org lbh percaya pd tahap best cite omputeh dr cite melayu.. thats why..for me yg dh jd parents ni... mmg sgt2 terkesan la...huhuhu

Irna Nurasikin berkata...

teruk tu Firz..sampai x ada orang...
kat malaysia ni mmg susah bab kekeluargaan ni....banyak support industri luar.

Miss Moon berkata...

biar betul Fir tgk sorang soang je .....jangan pandang belakang Fir hahahhaha

tuh la kan ...mungkin sebab tuh org tak berani nak masuk tgk sangat kot. Jalan cerita bagus tapi takder x factor mungkin

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...