10 April 2016

Bila kawan sanggup datang...

Nak berkawan ni senang...tapi nak kekalkan tu cukup susah...iya lah..bayangkan bila dah habis belajar, masing-masing bawak haluan..jauh antara satu sama lain...nasiblah ada Whatsapp, Facebook...sekurang-kurangnya, kita masih boleh berhubung dengan sahabat yang jauh tu...

Bila aku ke KL baru-baru ni...aku cuma ada lebih kurang dua jam untuk jumpa kawan-kawan yang kerja kat sana...

Shofi memang datang lepas habis kerja..tiap kali aku ke KL, sejak habis belajar, dia memang akan selalu datang teman aku kat KL Sentral sampai la aku naik ETS balik. Hari tu masa aku naik bas pun, dia hantar aku ke TBS...



Tiap kali dia datang, ada ja benda nak menyembang...kawan-kawan yang lain, belum berkesempatan nak jumpa..mungkin aku kena cuti sehari untuk jumpa dorang semua...

Kiyah dan Sha...sanggup datang dari Seri Petaling ke KL Sentral untuk jumpa..aku rasa kali terakhir aku jumpa Sha dengan Kiyah masa kenduri kakak Kiyah dua tahun lepas (kalau tak silap)...kalau tak, sembang, gaduh dan nengumpat kat Whatsapp ja...



Macam aku cerita dalan entry sebelum ni...train ETS aku pukul 9 malan, dorang berdua sampai pukul 8.30 malam..sempat jumpa dan bergosip dalam 15 minit ja sebab aku rushing ke Platform...

Tapi, lepas jugak lah rindu kat dua orang ni..lama gila tak jumpa...zaman diploma dulu...lepas tu jumpa beberapa kali ja...

Semopersahabatan aku dan kawan-kawan yang lain kekal sampai bila-bila...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...