02 April 2016

Aku Ditipu di Stesyen Minyak Dan Kedai Serbaneka 24 Jam

Selama ni aku abaikan ja setiap kali aku beli air atau makanan di stesen minyak atau kedai serbaneka 24 jam sebab bagi aku, apalah sangat dengan nilai lima sen tu...tapi hari ni, bila aku balik dari assignment di Pangkor, aku rasa macam aku ditipu pulak...kenapa??sini aku cerita.

Harga barang kalau korang semua tengok di stesen minyak atau kedai serbaneka 24 jam, kebanyakkannya bukan dalam jumlah yang genap atau memudahkan pelanggan membuat bayaran. Contohnya harga bagi sebotol air 100+, RM2.54. Jadi kita akan bagi RM2.50 atau RM3.00 bagi yang tak ada duit syiling.

Bila jadi macam ni, aku rasa ditipu...sebabnya, harga RM2.54 akan digenapkan kepada RM2.55 (stesen minyak dan kedai serbaneka 24 jam dan untung RM0.01)...tapi masalahnya, kadang-kadang kaunter bayaran tak ada syiling RM0.05, jadi pulangan baki yang kita akan dapat RM0.40 (kalau bayar RM3.00). Kedai dah untung lagi RM0.05 sen.,itu baru aku seorang...kalau berpuluh lagi pelanggan datang beli?? Tokey kedai dah untung atas angin macam tu ja...

Agak mustahil kalau kita akan dapat baki RM0.10 (kalau bayar RM2.50) atau RM0.50 (kalau bayar RM3.00). Kecuali kalau aku bayar RM2.50, kemungkinan untuk aku dapst sepuluh sen agak tinggi. Ini untuk harga sebotol air 100+ ya yang aku beli di stesen minyak di Sri Iskandar tadi, masa perjalanan pulang ke Ipoh.

Tak dinafikan, mungkin ada kaunter yang tak ada syiling lima sen, tapi aku rasa untuk selesaikan masalah ni, mungkin harga barangan dalam kedai tu boleh digenapkan kepada RM2.50 atau RM2.60...ini bukan kali pertama berlaku dekat aku, dah banyak kali, cuma baru kali ni aku rasa tertipu.

Mungkin bagi orang lain... 'alaaa...lima sen pun nak kecoh...'...bukan soal kecoh atau tak...tapi tokey kedai dapat untung atas angin macam tu ja...

Tapi dalam masa yang sama...aku pun tak nafikan, ada stesyen minyak atau kedai serbaneka 24 jam akan pulangkan baki yang lebih..contoh dia akan pulangkan sepuluh sen atau 50 sen dalam kes 100+ ni...aku dah alami juga situasi tu,,

Jadi aku harap mungkin ada penyelesaian untuk masalah ni..tambahan lagi, syiling 1 sen dah tak pakai...syiling 5 sen pulak susah nak cari...harap ada penyelesaian....

2 ulasan:

At-Tarmizi berkata...

Memang biasa macam tu..kadang tulis 90 sen...dia genapkan jadi seringgit.....strategi nak untung.... pasar raya,stesen minyak,kedai serbaneka memang macam ni =(

Ahmad Afiq berkata...

Pernah kena juga. Siap main bundarkan nilai RM. mcm buat kelas math pon ada. Sbb if RM3.04 akan jd RM3.00 tapi dia charge RM3.10. Melampaukan?

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...