28 Mac 2016

Tendangan Tanpa Bayang FMR

Huarghhh...apa lah nasib aku malam ni...assignment malam tak ada masalah sebab dijadualkan majlis bermula jam 8 malam...tepat 8.20 malam, aku dah sampai kat tempat majlis...ingatkan aku dah lewat...rupanya VIP lagi lewat...adeihhhh...

Mulanya aku ingat 8.30 atau pukul 9 malam VIP akan datang dan majlis akan bermula...rupa-rupanya...pukul 9.20 baru VIP sampai dan 9.30 majlis bermula...huhhh...aku dah mula tarik nafas dalam-dalam dah...mana dengan perut berkeroncong untuk ana lagi...

Bila majlis dah mula tu okay la lagi...paling lama sejam, dan majlis akan habis...rupanya....persembahan entah berapa banyak...selagi ada banyak kumpulan, selagi tu la setiap kumpulan buat persembahan...lepas tu, ada penyampaian sijil...bukan 10, bukan 20 tapi katanya dalam 100 lebih...ada dua sesi...VIP yang datang dari jauh tu pun dah mengantuk dah...adeihhh...

Kalau ikutkan dah boleh balik dan aku boleh buat story berdasarkan ucapan, tapi ada wartawan yang nak 'jolok', jadi aku pun tunggu...nasib la ada orang majlis tu minta dipendekkan penyampain sijil untuk sesi kedua...

Dah habis sidang media, aku balik singgah kat mamak, sappedek dulu...elok sampai rumah..pintu rumah tak boleh bukak...pintu kayu ye...

Tombol tu memang dah takda fungsi dan tak boleh dikunci, tapi entah kenapa malam tadi, terkunci..nasib budak rumah aku semua tak tidur lagi...semuanya kelam kabut nak bukak pintu..cungkil sana, kuis sini...tak boleh jugak...tombol dah dibukak, cuma tinggal yang ketul kunci tu je...



Dorang kesian kat aku yang penat balik kerja kul 1 pagi tapi tak boleh masuk...tapi aku pulak gelak kat budak rumah aku sebab dorang tak boleh keluar pergi kerja esok pagi...hahahaha

Aku mana dengan selesema, batuk dah mula naik angin, letih, dan rasa tertekan...bila dah budak rumah aku macam dah give up, dorang suruh aku tendang pintu tu dengan 'one shot'...

Jadi...tanpa sebarang keraguan dan semangat untuk tidur, aku gunakan kuasa tersembunyi aku untuk buat jurus tendangan tanpa bayang...dan Alhamdulillah...berjaya...pintu berjaya dipecahkan dan aku boleh tidur...selamat malam semua...

1 ulasan:

YieN berkata...

Haha..! Naseb baik berjaya.. Buatnya dlm keadaan badan dah penat tu x berjaya pulak, tido luar je lah jawabnya :P

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...