26 Mac 2016

Pengalaman Sertai Serbuan Bersama AADK


Baru-baru ni, aku dengan member ofis dan seorang wartawan Harian Metro diberi peluang untuk menyertai satu serbuan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk membanteras penagihan dadah di daerah Larut, Matang dan Selama...memang satu pengalaman baru untuk aku...

Pada jam 1 pagi, kami diminta berkumpul di Wisma Persekutuan Taiping pada jam 1 pagi untuk sesi taklimat..Ops Bersih kali ni juga mendapat kerjasama daripada AADK Putrajaya, AADK Negeri, AADK Daerah dan RELA.



Selepas taklimat, dalam jam 2.30 pagi kami dah bergerak ke lokasi masing-masing...ada beberapa kumpulan dipecahkan untuk ke lokasi yang berbeza...kami bertiga bergerak ke kawasan Selama dan aku pun tak tahu kat mana lokasi tu yang sebenar..yang aku tahu, dalam kebun kelapa sawit.

Sampai di lokasi, sekali lagi kumpulan yang kecil tu dipecahkan untuk berkawal di beberapa laluan pintu masuk ke kebun getah tu..jadi sementara tunggu hari siang, kami rilex-rilex dulu dan tidur dalam kebun kelapa sawit tu...huhuhu...berlapikkan plastik sampah je...



Sekitar jam 5 pagi, ada dua tiga biji motor masuk dan disebabkan masa tu kami masih menerima taklimat, jadi tak dapat tahan mereka-mereka tu yang dipercayai golongan penagih...

Mungkin sebab tak dapat tahan dorang yang masuk awal tu, jadi mungkin dorang dah bagitahu kawan-kawan dorang yang pihak AADK tengah buat serbuan kat lokasi tu...sedih tak dapat 'main' kejar-kejar...hahahaha...



Tapi aku tengok kakitangan AADK ni tak putus semangat...dorang masih tunggu lagi..mana tahu kot ada yang sampai untuk cari 'barang'...

Satu perkara yang aku suka tengok kakitangan AADK ni adalah dorang sangat bersemangat untuk membanteras masalah penagihan dadah dalam kalangan masyarakat. Mereka sanggup tidur dalam hutan kelapa sawit dan tempat lain yang memang tak selesa semata-mata untuk membantu masyarakat.



Aku respect dorang ni semua..tak semua boleh jadi macam dorang ni...kerja siang malam...kalau aku pun, mungkin aku akan fikir balik...hehehe...

Tapi hari tu, AADK berjaya menahan lebih kurang 67 orang yang disyaki penagih daripada lokasi yang berbeza...tahniah AADK..semoga usaha anda diberkati Allah dalam membantu masyarakat...insya Allah...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...