10 Mac 2016

Pengalaman orang lama...


Ok...bersambung lagi dari cerita sebelum ni...masa di Gerik selama lima hari tu, semua media diberikan homestay untuk tinggal. Satu untuk lelaki, satu lagi untuk perempuan. Untuk lelaki pulak, hanya ada dua tiga orang ja media baru...yang lain semuanya otai-otai.. nak dijadikan cerita, hanya aku sorang ja wartawan baru, yang lain semuanya dah berpengalaman lama dalam media ni...

Bila dah duduk serumah, keluar pergi majlis sama-sama, makan sama-sama dan rehat sama-sama, macam-macam cerita dan pengalaman yang aku dengar, seronok pulak dengar. Cerita dorang ni buatkan aku yang hampir patah hati dalam dunia kewartawanan ni, jadi bersemangat balik.

Pengalaman-pengalaman dorang ni sungguh buat aku teruja. Banyak benda yang aku boleh jadikan pengajaran dan tauladan untuk aku yang baru nak menapak dalam dunia media ni.

Dengar dorang pergi ke sana sini, cover majlis itu ini, memang aku pun naik excited. Walaupun bagi dorang itu antara pengalaman yang biasa-biasa.,tapi bagi aku orang baru ni, semua tu jadi pembakar semangat untuk aku terus kekal dalam dunia kewartawanan ni.

Cerita orang lama tak pernah habis. Sentiasa ada kalau rajin menyembang dan korek rahsia dorang...sebab tu, pandangan orang lama jangan sesekali kita abaikan. Walaupun kita fikir apa yang dorang lalui zaman tu tak sama dengan zaman kita, tapi kena ingat, kita pun akan lalui benda yang sama. Bila dah dengar cerita orang lama, sekurang-kurangnya kita dah bersedia...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...