02 Mac 2016

Pengalaman ke Betong, Thailand

Sambung dengan story aku berkampung di Gerik selama lima hari...memandangkan pada 26 Februari petang tu kami free dan tak ada sebarang program...geng-geng media semuanya nak masuk ke Betong, Thailand sebab dah tak jauh dari Gerik. Lebih kurang dalam 15 minit dari Pengkalan Hulu. Gerik ke Pengkalan Hulu dalam 20 minit. Lebih kurang la.



Petang tu dalam pukul 4.30 kami dah masuk ke sempadan Gerik-Thailand. Masuk je aku dah rasa excited sebab ini pertama kali aku masuk dengan kereta dari Malaysia. Tapi tak jauh beza pun dengan jalan raya dekat Malaysia ni..sama ja..cuma yang membezakan adalah signboard...



Sampai sana, kami terus ke pekan Betong..dalam 5 kilometer dari sempadan...suasana pekan pun macam biasa, cuma agak crowded. Lampu isyarat dekat Betong ni macam tak ada fungsi..sebab moto boleh melintas macam tak ada apa..kereta??sesekali ja yang tunggu lampu. Dekat sini aku tengok banyak jugak kereta-kereta Malaysia. Jadi tak hairanlah kalau jumpak ramai orang Malaysia dekat sini.

Ok..cukup sampai situ...sampai di Betong, aku teman yang lain pergi shopping memandangkan dorang semua ada size. Aku??jangan harap la ada size.,,hahahahaha...lepas shopping...masa yang ditunggu-tunggu dah tiba,,sebab sampai kat Betong, ada satu acara wajib yang perlu dibuat..,hehehehe...MENGURUT!!!


Ooppsss...tapi sebelum tu aku nak bagitahu, yang kami pergi ni adalah rumah urut yang 'halal' ye..tak ada yang 'urut' lebih-lebih. Urut kepala, tapak kaki and badan sikit-sikit.




Sedap derr dia urut tapak kaki...rasa ringan je...tapi memandangkan ni kali pertama aku mengurut, jadi agak rasa geli dan sakit. Tukang urut tu aku rasa dia mengumpat aku dengan kawan-kawan dia...demmm...hahahahah...harga pun baru RM30. Tak boleh kurang...

Lepas mengurut terus kami semua bergerak balik. Tapi sebelum tu, berhenti dulu untuk makan-makan. Itu pun kena cepat sebab ada orang tunggu. Adoiyaii... aku cuba rasa tomyam putih tapi mungkin kedai yang salah, tomyam dia biasa-biasa je...kalau makanan tepi jalan, memang sedap, aku dah cuba dua tiga gerai...

Owh,...lupa bagitahu, di Betong ni, ramai orang Islam..jadi bab makanan, jangan risau, Insya Allah terjamin. Kalau orang Islam kita, ramai yang boleh cakap Melayu, tapi kalau bukan Islam, susah sikit. Korang ada kelebihan di Betong kalau boleh cakap Mandarin...hehehehe...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...