09 Mac 2016

Lepaskan Apa Yang Kita Sayang...

Kadang-kadang bila sampai waktu dan ketikanya, kita terpaksa melepaskan apa yang kita sayang. Bukan bermakna bila kita sayang sesuatu perkara, benda atau seseorang tu, kita perlu memilikinya.., bagi aku, itu satu tanggapan yang salah.

Mungkin apa yang kita sayang tu, akan lebih baik kalau dia menjadi hak orang lain. Atau kita lepaskan dia bebas. Sekurang-kurangnya kita biarkan dia bahagia. Bagi aku mudah, kalau aku rasa dia akan lebih bahagia tanpa aku, aku akan lepaskan dia pergi. Aku tengok dia bahagia pun dah cukup untuk buatkan aku bahagia.

Buat apa kita nak biarkan dia menderita bersama kita, tetapi dalam masa yang sama kita bahagia?? Tak guna jika satu pihak ja yang bahagia. Walaupun sedih, kau terpaksa lepaskan. Nak buat macam mana kalau itu dah takdir yang dah ditentukan. Pasrah dan redha.

Apa yang aku tulis ni tak bermakna kau perlu lepaskan insan yang ada dengan kau. Tapi mungkin juga benda lain, barang, kenangan dan apa-apanyang dalam kehidupan seharian kau.

Belajarlah untuk melepaskan kalau itu mampu untuk buatkan kau atau dia bahagia...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...