20 Mac 2016

Food Review : Terracerustic Cafe



Khamis lepas, aku ke satu cafe hipster yang aku baru tahu kewujudan cafe ni walaupun dah empat bulan operasi...kedudukan cafe ni walaupun berdekatan dengan Gerbang Malam, Ipoh, tapi mungkin disebabkan kedudukan cafe ni macam agak tersembunyi, jadi orang tak berapa perasan kalau jarang gunakan jalan tu...

Macam cafe hipster yang lain, cafe ni menggunakan nama yang unik dan nama 'Terrace' tu datangnya dari lot kedai teres manakala 'rustic' tu pulak bermaksud konsep atau dekorasi cafe ni...cafe ni menggunakan hampir 100 peratus kayu palet...tak macam cafe lain yang hanya gunakan sikit je kayu palet...jadi, situ dah satu kelainan cafe ni...

Dekorasi kedai, menarik...tak terlalu simple dan tak terlalu menyesakkan mata..itu aku jamin...







Okay..bab menu yang aku puji..setiap menu namanya tak pelik...walaupun kita dah biasa dengan menu tu, taip cafe ni masih menerangkan apa bahan yang digunakan dalam menu...harga??jangan risau, aku yakin mampu bayar dan harga pun aku rasa, masih standard dengan cafe-cafe hipster yang lain kat Ipoh ni...







Untuk malam aku buat review tu, kawan aku order Nasi Goreng Seafood (one of the famous dish) dan aku pulak pesan Prawn Aglio Spaghetti (kot...)lebih kurang camtu la bunyinya...









Wowwww....itu je...memang sedap spaghetti dia...terutama blackpepper dia terasa bila makan, tak terlalu masin dan cukup rasa dan ada cendawan dalam spaghetti tu buatkan lagi sedap...hehehhe...nasi goreng seafood?aku sangat-sangat recommend kat korang semua..ada lala, udang goreng tepung, papadom dan sotong...aku 'curi' rasa nasi goreng seafood kawan aku tu..dan memang mantap...



Makanan lain...aku rasa mesti sedap jugak..hehehehe..jadi Terracerustic Cafe ni akan jadi cafe yang aku akan cadangkan kepada semua orang yang nak datang ke sini...

Owh..jangan lupa cuba Aiskrim Kelapa dia...cukup untuk pencuci mulut...



Jadi kepada semua...jemput datang ke Terracerustic Cafe yang aku cadangkan ni...aku jamin korang akan puas hati...servis pun tak lambat dan pekerja yang sentiasa senyum...

Nama Café : Terrace Rustic Café

Alamat : No 68, Jalan Mustapha Al Bakree, Ipoh

Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad (5.30 petang – 1 pagi)

Nombor Telefon: 017 728 7736 (Budi)

1 ulasan:

Fieza Sani berkata...

Menarik dekorasi cafe ni..saya suka style cafe camni tapi mr hubby kureng sikit..

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...