06 Mac 2016

Filem Review : Boboiboy The Movie



Habis kerja, cousin aku telefon ajak tengok cerita ni..adeihhh..aku dah la tak pernah tengok walau sekalipun dekat TV...hahahaha...tapi disebabkan bosan, aku temankan la cousin aku pergi tengok dekat Ipoh Parade...

Disebabkan aku tak berapa 'layan' sangat cerita ni, jadi ini aku punya pendapat kasar je la...ye la..dah tengok tanpa keikhlasan, nak komen pun tak berapa ikhlas..hahahaha...

Bagi aku, filem animasi Malaysia dah maju...selepas Upin Ipin, filem ini pun bagi aku berjaya dan kalau nak disamatarafkan dengan filem animasi luar negara pun, dah boleh dah...filem animasi kita ni tak macam dulu..suara dengan mulut tak sama...tapi sekarang dah mantap..tak percaya??pergi tengok filem ni...

Dari segi jalan cerita, kalau korang layan Boboiboy dekat TV, pasti korang tahu semua perwatakan dalam setiap watak...tapi disebabkan aku tak pernah tengok di TV, aku ambil masa sikit untik fahamkan perwatakan setiap watak.

Elemen pulak, persahabatan. Itu yang aku suka tentang filem ni. Persahabatan yang kuat sangat ditonjolkan dalam filem. Dari mula sampai habis..

Elemen perang atau berlawan yang aku rasa tak melampau dan masih diterima serta sesuai dengan budak-budak yang nak pergi tengok filem ni..bahasa yang digunakan pun tak ada yang tak sesuai untuk budak-budak. Kalau tak, tak penuh la tadi panggung wayang...hehehehe...

Tapi sejujurnya, aku bangga dengan filem animasi ni...dah setaraf dengan filem animasi luar. Tengok, berulang kali aku cakap benda yang sama...hehehe...

Owh...dalam filem ni jugak ada tunjukkan beberapa isu semasa...contoh macam trend orang sekarang ni yang suka berselfie dalam semua keadaan (cemas, gembira, sedih), pickupline dan beberapa lagi.

Untuk orang dewasa dan masih belum ada anak kecil, aku rasa tak salah untum korang tengok filem ni...sesuai untuk lepaskan tekanan...lawak dan santai...

Aku bagi 9.5/10...lagi 0.5 sebab aku tak berapa nak 'ikhlas' tonton filem ni sebab tanpa dirancang...hahaha...apa pun, aku galakkan korang pergi tengok..

1 ulasan:

Jueliza Jamani berkata...

sama lah mama pun terpaksa tengok demi anak2.. memang krik krik krik sangat.. ada la part lawak2 dlm citer ni.. boleh la tgk demi anak2.. hahahah

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...