01 Mac 2016

Berkampung di Daerah Hulu Perak


Bermula dari 23 Februari sampai 27 Februari, aku memang tak update blog...sebabnya??aku 'berkampung' di Daerah Hulu Perak selama lima hari. Lama tu...aku kena ikut program YAB MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan barisan Exco negeri sempena program pemukiman.

Walaupun line kat sana '4G' dan 'H+', tapi internet cukup masalah. Nak kata slow pun tak slow sangat, nak kata laju pun tak laju sangat. Lagi pun penat seharian terpaksa ikut MB  ke sana sini...heheheh...

Selama lima hari aku kat sana, agak seronok walaupun penat sikit. Dapat campur dengan geng-geng media yang lain, kongsi pengalaman dengan wartawan senior. Gelak-gelak, cari dan dapat pengalaman baru. Semuanya berbaloi...

Tapi satu perkara yang aku suka tentang Gerik atau Hulu Perak ni.,makanan dia semua sedap-sedap. Sangat sedap sebenarnya. Dari tomyam, masak tempoyak, sambal belacan, air asam, kambing bakar, karipap, kuih lapis..semuanya sedap...kalau makan tak bertambah nasi saja lagi la...


Walaupun kenyang, sekali aku cuba untuk 'merasa' sedikit lauk tu, pasti aku akan bertambah nasik..nasib la badan aku slim ja..hehehehehe....

Apa yang menarik juga. Boleh katakan aku dah pusing satu daerah Hulu Perak ni. Dari Gerik ke Lenggong, Kenering, Pengkalan Hulu, Temengor dan Pulau Banding. Semuanya aku dah sampai. Seronok jugak bila sesekali macam ni..hehehehe...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni kampung saya kat gerik.. :)

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...