31 Mac 2016

Aku cuba untuk faham...



Cuba sesekali bila kita dengar masalah orang atau sebelum kita nak bagi orang lain masalah, kita tempatkan diri kita kat tempat dorang...agak-agak apa perasaan kita bila orang buat kita macam tu...

Kadang-kadang aku pelik...ada sesetengah orang tu selamber badak ja cakap masalah orang lain tu masalah kecil dan tak ada apa..tapi orang yang hadapi masalah tu, dah separuh mati fikir untuk selesaikan dan hadapi semua perkara tu...

Sebab tu setiap kali ada orang luahkan masalah dekat aku, aku cuba untuk faham keadaan dorang...walaupun bukan aku yang alami, tapi aku nak juga tahu macam mana perasaan dorang yang alami atau hadapi masalah-masalah tu semua sebab sekurang-kurangnya bila giliran kita hadapi masalah tu, kita tahu apa perasaan orang lain.

Atau mungkin bila kita hadapi masalah yang sama dengan mereka, kita tahu apa perasaan dorang dan kita tahu apa yang perlu dibuat...sekurang-kurangnya kita kongsikan pengalaman kita untuk dorang...

Jadi, janganlah pandang ringan masalah orang lain, takut nanti bila jadi dekat kita, kita tak tahu nak buat apa..cuba fahamkan keadaan orang lain...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...