11 Februari 2016

Sera Sentosa Inn, Padang Sera, Kedah


Minggu lepas, aku ke Perlis untuk kenduri saudara aku...saudara jauh la kiranya sebab aku sendiri tak ingat...yang aku ingat, saudara aku ni dulu jiran aku kat kampung... 'sangkut' dekat mana, aku sendiri pun tak pasti...banyak sangat connectionnya...memandangkan aku, mak dan abah bergerak sehari awal, kami singgah di Padang Sera sebab nak ziarah saudara-saudara dekat situ, kampung arwah wan dan tok aku...

Jadi, kami menginap di Sera Sentosa Inn, sebuah hotel baru dan hotel pertama di Padang Sera, kalau tak silap aku. Hotel ni mula dibuka dalam bulan September atau bulan Oktober 2015. Jadi, ni kali kedua aku buat review tentang hotel...

Okay, lokasi hotel ni sangat strategik, tak jauh dari jalan utama dan lokasi parking yang luas...jadi tak perlu nak berebut parking...hehehe...kemudahan dalam hotel pun sempurna...semua lengkap.

Harga??memang murah...masa aku pergi mi, harga RM68 untuk standard room dan RM98 untuk triple room. Murah kan??mungkin ini harga promosi dan kalau bukan promosi pun, aku rasa harganya tak mahal pun.



Selain hotel ni, pemilik juga ada homestay dan chalet. Untuk homestay, aku pernah menginap awal tahun lepas, tapi aku tak review, sebab masa tu tak pernah buat review tentang penginapan, tapi kemudahan dekat homestay pun sempurna.

Untuk Sera Sentosa Inn, harga yang dikenakan sangat berbaloi, lebih sebenarnya..harga murah tapi kualiti dan perkhidmatannya mantap dan terbaik...

Pekerja yang mesra dan mudah tersenyum, kebersihan bilik, lokasi semuanya berbaloi dengan bayaran yang korang keluarkan.




Arah kiblat dan sejadah turut disediakan...
Cumanya, dekat bilik hotel tak ada tingkap untuk kita tengok pemandangan..tapi jangan risau, hotel ni ada sediakan balkoni untuk kita tengok pemandangan yang aku yakin kalau kita datang tepat pada masanya, memang cantik dan tenangkan fikiran...pemandangan sawah padi...masa aku datang ni, padi semua dah dituai, jadi pemandangan 'kurengggg' sikit la...cuba korang bayangkan sawah padi yang hijau dan kuning keemasan..memang cantik kot,..


Kalau korang menginap dekat sini, ada beberapa tempat yang menarik yang korang boleh melawat..antaranya Makam Puteri Lindungan Bulan (5 minit dari hotel), Gua Kerbau (10 minit) dan Nat Kebun Getah (30 minit). 

Hari Ahad malam Isnin ada pasar malam bersebelahan dengan hotel yang dibuka dari petang sampai pukul 10 malam dan korang boleh cuba makan nasi kuning dekat situ...memang sedap gilaaaaaaa...dan Isnin pagi, ada pasar betul-betul depan hotel. Dibuka dalam pukul 10 pagi hingga lewat petang katanya...


Kat sini macam pasar minggu biasa..jual pakaian, barang basah dan makanan. Ada 1 peniaga ni, menjual barangan lama macam raga ikan, serkap ikan, dan benda-benda yang kita tak pernah tengok...contohnya macam buah sintok. Buah sintok ni katanya ada banyak khasiat..itu aku tak pasti, korang boleh google tengok apa khasiat buah sintok ni...
Buah dan biji sintok

Jadi, itu yang aku nampak apa yang ada di hotel Sera Sentosa Inn..dengan harga yang murah, kualiti hotel, pemandangan, daya tarikan dan staff yang mesra, aku yakin hotel ni boleh berkembang maju...hehehe...

Cuma dekat hotel ni, liputan Wifi hotel cuma terhad di kawasan lobi sahaja. Dekat bilik memang tak ada wifi. Jadi mungkin pihak hotel boleh lebarkan lagi perkhidmatan wifi dekat kawasan bilik.

Jadi kalau korang datang ke kawasan Padang Sera dan Kodiang, boleh duduk kat sini, aku alu-alukam.

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...