26 Februari 2016

Selamat Tinggal UMNO/BN..

Gambar PRU 2013

Aku ingat lagi masa mula-mula aku nak ambil tahu sepenuhnya pasal politik ni sejak aku tamat sekolah menengah. Sepanjang aku bersekolah, aku cuma ambil tahu apa yang aku rasa perlu dan penting, selain dari tu??memang aku tak ambil tahu...

Minat dalam politik ni mungkin datang dari abah yang memang aktif dalam politik. Jadi turun dekat aku sikit. Sejujurnya, sejak diploma aku dah mula macam aktif sikit tentang politik. Semua perkara politik aku ambil tahu, termasuklah dari parti pembangkang.

Itu dulu...masa aku tengok politik ketika tu nampak 'sihat' dan bersih. Tak ada yang terlalu mengipas dan membodek...

Tapi sekarang ni?? Aku dah jadi meluat dengan politik semasa. Baik politik di sebelah sini, mahupun di sebelah sana. Semuanya sama..pentingkan periuk nasi sendiri tanpa memikirkan rakyat.

Isu yang diperjuangkan?? Bukannya isu rakyat...tapi lebih kepada isu peribadi seperti macam nak melindungi seseorang demi kepentingan peribadi. Ini apa yang aku nampak. Yang korang semua nampak aku tak pasti.

Aku tak nafikan masih ada wakil-wakil rakyat yang betul-betul menyuarakan hak rakyat dan membela rakyat..tapi berapa ramai??itu yang aku nak tanya..,berapa kerat sangat yang betul-betul jaga kepentingan rakyat...yang lain??lebih kepada nak jaga jawatan dan poket sendiri.

Sekarang ni pun, aku dah tawar hati kepada UMNO dan BN...untuk undi UMNO/BN pada PRU akan datang...aku akan fikirkan...kalau si ''dia" masih pegang jawatan tu, aku rasa aku takkan mengundi untuk BN.

Tapi jangan risau..aku jugak takkan serahkan undi aku untuk PAS, PKR, DAP dan AMANAH. Well...PAS maybe aku boleh pertimbangkan lagi selagi dia tak bersama-sama PKR, DAP dan AMANAH..tapi kalau dia bersama-sama dengan pakatan yang lain, memang aku takkan bagi la..

Cuma buat masa sekarang ni, aku cuma nak ucapkan selamat tinggal kepada UMNO/BN selagi kepimpinan diatas tidak bertukar. Jangan salahkan aku, salahkan mereka yang kat atas sana tu yang terlalu menjaga kepentingan peribadi.

Kepercayaan aku kepada UMNO/BN akan mungkin akan kembali apabila pucuk pimpinan parti dipimpin oleh orang yang aku rasakan layak.

3 ulasan:

ubai ismail berkata...

satu persoalan. kenapa tolak pas ? :)

huhuhu

firzz duka berkata...

Jiwa aku bukan untuk PAS..entah...maybe dari kecik dan few issues yang berlaku 2 3 tahun kebelakangan ni buatkan aku tak tertarik dengan PAS...maybe sebab dorang joined PR, buatkan aku tak suka...for now..pas 2nd choice aku kalau umno dah x boleh diubah plus kalau pas x bersama2 dgn PH..

Tanpa Nama berkata...

Terbaik bro. Kipidap

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...