11 Februari 2016

Kisah Puteri Lindungan Bulan


Kalau aku datang ke Padang Sera dengan mak abah, Kota Siputih tentu jadi tempat wajib untuk kami singgah untuk ziarah saudara-saudara dekat sini. Sebab abah dengan mak cakap, sini kampung arwah wan dengan tok. Aku pun selesa dan seronok bila ziarah dekat Kota Siputih ni...

Bercakap tentang Kota Siputih ni, kalau korang nak tahu ada satu tempat bersejarah iaitu Makam Puteri Lindungan Bulan. Orang Malaysia mungkin tak berapa tahu tentang tempat ni, tapi bagi penduduk setempat, kisah Puteri Lindungan Bulan ni memang satu sejarah yang menarik.

Kali pertama aku jejak kaki di makam ni kalau tak silap aku masa umur dalam enam atau tujuh tahun dan kali kedua, dua tahun lepas. Dan kali ketiga pada minggu lepas.

Okay..aku cerita sikit tentang Kota Siputih ni dulu...Kota Siputih ni dina dalam tahun 1282 oleh kerabat masa tu. Ketika tu, Kota Siputih ni dijadikan benteng pertahanan bagi kawasan Utara Kedah dari ancaman serangan Siam dan Acheh selain dari menjadi pusat pemerintahan ketika tu. Kemudian berpindah ke Kota Naga dalam tahun 1626. Okay, itu sejarah Kota Siputih.

Sekarang cerita tentang Puteri Lindungan Bulan...ini aku petik dari laman weh www.mykedah2.com ye...cuma aku tulis balik la...heheheh...

Kubur sebelah kanan katanya kubur alim ulama dulu.
Kubur puteri dan sorang lagi aku tak ingat dalam pagar tu?

AL KISAH...

Cerita Puteri Lindungan Bulan ni dikaitkan dengan serangan Acheh ke atas Kedah pada masa tu disebabkan Acheh merasa ditipu oleh Sultan Kedah pada ketika tu. Sebabnya?? Puteri Kedah yang berdarah putih, Puteri Lindungan Bulan, yang dipinang oleh kesultanan Acheh dah ditukar dengan puteri yang berdarah merah.

Jadi disebabkan Sultan Kedah ketika tu tak sudi menyerahkan Puteri Lindungan Bulan kepada kerajaan Acheh, Sultan Kedah kemudiannya sembunyikan puterinya di dalam sebuah lubang tidak jauh dari istana (masa tu Kota Siputih jadi pusat pemerintahan Kedah).

Sultan Kedah berdoa agar tempat lindungan puterinya tu tak dijumpai dan cahaya bulan tak dapat menerangi tempat persembunyian puteri Baginda pada waktu malam.



Acheh menang dalam peperangan tu, tapi masih gagal menjumpai Puteri tersebut dan puteri tersebut mangkat disebabkan kelaparan. Jadi dari situ muncul gelaran "Puteri Lindungan Bulan" kepada puteri tu. Sebabnya?? Walau terang macam mana sekalipun bulan pada waktu malam, tempat (lubang) tempat persembunyian puteri tu takkan terang.

-The End-

Jadi berdasarkan cerita dari saudara aku yang tinggal dekat makam tu, memang diakui walaupun malam tu bulan purnama penuh, ada satu tempat tu takkan diterangi oleh cahaya bulan walaupun seluruh kawasan tu terang.

Lokasi kubur ni atas bukit. Tak tinggi pun. Ada tangga dibina. Mungkin dalam 50 meter tinggi. Apa yang aku difahamkan juga dari cerita lisan, kawasan ni 'tak boleh' dibersihkan. Maksudnya kalau nak tebang pokok atau apa-apa aktiviti, memang tak boleh. Enjin mati tu perkara biasa kalau orang nak tebang pokok.


Ada cerita lagi, dulu ada satu stesen TV ni nak buat dokumentari tentang kisah Puteri Lindungan Bulan, tapi dorang tak boleh rekod satu apa pun sedangkan semua peralatan okay. Percaya?? Wallah hu'alam..

Disebabkan kubur atas bukit, arwah saudara aku (mungkin pangkat tok) pernah jumpa kepingan emas yang digunakan untuk 'Bunga Emas' masa dulu. Korang tahu kan Bunga Emas tu apa?? Sejarah kan??hehehehe...pihak muzium nak beli pun saudara aku tak nak jual..tapi sekarang, tak tahu ada kat mana kepingan emas tu...

Satu yang aku suka bila datang ke kampung ni dan makam Puteri Lindungan Bulan ni, pemandangan dari atas bukit memang cantik. Sangat cantik sebenarnya.. sawah padi..hehehehe...


3 ulasan:

ubai ismail berkata...

menarik.. baru tau ada makan dekat sana :)

Fieza Sani berkata...

menarik kisah puteri lindungan bulan..rasa2 memang tak pernah dengar pasal cerita ni..nice sharing..

Tanpa Nama berkata...

ohhhh....best jugak....cerita ni

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...