20 Januari 2016

"Kedudukan Saya Adalah Atas Mandat Daripada Rakyat"- Mukhriz



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir  berkata, kedudukannya sebagai Menteri Besar negeri itu adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga diatas perkenan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian menerusi satu kneyataan media bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, petang tadi.

Mukhriz berkata, beliau kini menyerahlam kepada rakyat di negeri itu untuk menilai prestasi beliau sepanjang mentadbir negeri itu.

"Saya menyerah kepada rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.

"Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya,"katanya menerusi satu kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook, sebentar tadi.

Terdahulu, Bashah pada petang tadi berkata, barisan UMNO Negeri telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negeri yang diterajui oleh Mukhriz dan meminta Perdana Menteri untuk menggugurkan Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar.

SUMBER: Perak Today

Fuhhh...kecoh dunia politik negara hari dengan isu UMNO Kedah hari ni yang mahukan DS Mukhriz digugurkan jawatan Menteri Besar Kedah dan digantikan dengan orang lain.  Alasannya?? Mukhriz gagal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dan gagal menyatukan ahli-ahli UMNO di Kedah. Memang terkejut, tapi tak berapa terkejut sangat sebab aku tahu, perkara ni akan jadi bila Mukhriz tak tetapkan pendirian atau sokongan terhadap Perdana Menteri.

Bila jadi macam ni, dapat dilihat yang ada sesetengah individu ni rasa 'insecure' sebab Mukhriz makin dapat sokongan daripada rakyat, bukan sahaja dari orang Kedah, tapi dari rakyat seluruh negara. Itu aku pasti.

Satu ja yang aku nak bagitahu, DS Mukhriz, you have my support.

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...