08 Januari 2016

Filem Review: Langit Cinta



Memandangkan hari ni dapat gaji (Alhamdulillah), aku me'reward'kan diri aku dengan pergi menonton Langit Cinta dekat AEON Kinta City lepas habis kerja. Aku mula tertarik untuk menonton cerita ni bila aku tengok trailer di Astro, memang menarik sebab aku nampak macam ada kelainan dalam filem ni.

Okay...permulaan cerita dalam 20 minit agak bosan..jalan cerita yang kita sendiri boleh agak...ada pembangunan nak buat dekat kawasan kampung, anak orang kaya jatuh hati dengan perempuan kampung dan sebagainya...

Tapi, selepas tu dah jadi menarik. Ada satu dua babak tu, buatkan kita tertanya-tanya dan rasa cemas.

Watak Fazura sebagai Khadeejah aku cukup suka, dia mendalami watak dengan sebaiknya.. bermain dengan emosi sendiri..banyak mengalirkan air mata yang mana aku rasa bukan sesuatu yang senang.

Keith Foo sebagai Aliff Zulkarnain bagi aku tak menjadi. Macam kayu dan tak ada perasaan. Jadi sedikit sebanyak mencacatkan emosi dan filem tu sendiri. Tapi berjaya diselamatkan dengan watak Fazura. Mungkin tak ada keserasian antara Keith Foo dan Fazura. Kalau nak bagi nampak real, biarlah dengan pelakon yang sesuai seperti Shaheizy Sam atau Fahrin Ahmad.

Farid Kamil. Selepas lama tak keluar dekat filem, aku rasa filem ni dia boleh buat 'comeback'...watak sebagai Budiman yang memendam rasa dekat Khadeejah buatkan aku lebih menghayati watak Budiman.

Watak-watak lain cukup untuk menghidupkan filem ni. Antara pelakon yang berlakon dalam filem ni macam Dian P Ramlee, Dato Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri aku rasa tak perlu aku jelaskan tentang watak dorang dalam filem ni. Watak Siti Saleha sebagai Suzanna pun cukup untuk pelengkap cerita.

Di akhir-akhir cerita, ada banyak babak yang buatkan hati aku terusik..cewahhh...walaupun jalan cerita yang mungkin agak 'cliche', tapi aku suka dengan sedikit kelainan dalam filem yang diadaptasi daripada novel ni.

Lokasi penggambaran pun cantik. Aku tak tahu kat mana dorang berlakon, tapi pulau tu sangat cantik.

Kesimpulannya, aku cadangkan korang pergi ke panggung dan tengok sendiri. Berbaloi. Aku bagi 9 bintang untuk filem ni...

1 ulasan:

Nadia Johari berkata...

Tengok trailer pun mcm best

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...