03 Januari 2016

Aku tak percaya semua ni...


Woww...serius aku tak percaya yang tahun ni umur aku dah 25. Rasa macam dah tua sangat dah aku ni...baru beberapa hari aku berumur 24 tahun (secara rasmi), sekarang aku dah berumur 25 tahun (secara tak rasmi).

Kalau berdasarkan novel-novel, artikel yang aku baca, umur macam aku ni dah matang. Tapi jujur aku cakap, aku tak rasa aku ni matang. Boleh macam tu??hahahaha...

Sebabnya? Sebab aku masih 'terumbang-ambing' dalam mencari hala tuju hidup aku yang sebenar. Dengan kerja yang belum tentu hala lagi, masih tak ada sebarang komitmen (kecuali hutang), masih single (ehh...), aku rasa aku tak macam kawan-kawan yang seusia dengan aku.

Mungkin aku ni nampak matang dari pandangan mata orang, tapi diri aku sendiri, aku tak rasa semua tu. Mungkin aku kena ubah mind-set aku tentang tu semua...

Tapi, aku tetap tak percaya yang aku dah berusia 25 tahun....makkkkk....nak kahwin..

Ok bai...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...