01 Januari 2016

6 Azam Tahun 2016



Dah masuk 2016, semua orang mesti ada azam tahun baru...sama macam aku...akupun ada azam aku sendiri...apa dia azam aku tahun ni?? Sama macam tahun-tahun lepas, azam aku untuk tahun ni adalah untuk mempunyai azam..yes...azam aku dah tercapai...kejap je dah capai azam tahun baru...hehehe...

Okay..serius ni...azam aku adalah sama macam tahun 2015 iaitu azam yang aku dah tetapkan untuk tahun 2014 yang ditangguhkan dari azam tahun 2013 tetapi terpaksa dibatalkan sebab azam tahun 2012 aku tak dibuat...faham?

Okay, okay...aku ada beberapa azam untum tahun ni yang aku dah setkan...kali ni betul aku punya azam...

1. Nak cari kerja yang kukuh.
2. Nak bergambar dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
3. Nak bina satu hubungan yang kukuh.
4. Nak kurus (tak pasti sama ada azam ni akan tercapai atau tidak).
5. Nak pastikan semua orang yang rapat dengan aku bahagia.
6. Nak sentiasa bersangka baik (kalau boleh lah...)

Itu sahaja azam aku tahun ni...aku tak nak set kan azam yang tinggi-tinggi sebab takut tak tercapai. Kalau semua ni tercapai, Alhamdulillah. Kalau tak tercapai, aku akan bawakkan ke tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...