31 Disember 2015

Throwback Sepanjang 2015



1. Bercuti di Pangkor bersama kawan-kawan dan bukan di atas alasan kerja dan Assignment...jadi aku enjoy sikit masa bercuti.

2. Memulakan latihan praktikal di Perak Today pada Mac 2015.

3. Banyak buar Food Review dalam blog.

4. Diterima masuk ke Kelab Blogger Ben Ashaari yang awesome.

5. Dapat bergambar dengan kedua-dua idola aku, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah masa aku praktikal dan cover Le Tour De Langkawi 2015.

6. Paling kerap update blog. Purata sebulan dalam 20 entry.

7. Salah satu tujuan aku nak praktikal di Perak adalah sebab nak cover Hari Pertabalan Sultan Perak, Alhamdulillah, tercapai. Selfie dengan DYMM Sultan Nazrin ja belum. Mungkin tahun 2016.

8. Tamat latihan praktikal pada Jun 2015, Alhamdulillah, terus ditawarkan bekerja di Perak Today. Aku mulakan tugas sebagai wartawan pada 1 Julai 2015 (cita-cita tercapai).

9. Paling kerap ulang-alik Ipoh - Shah Alam untuk Academic Writing. Kadang-kadang pergi seawal 5.30 pagi dan sampai ke Ipoh pada jam 2 pagi.

10. Pertama kali dapat 'job' sebagai blogger. Itupun tak perlukan komitmen untuk hadiri event. Alhamdulillah rezeki.

11. Pertama kali (dari Diploma sampai Degree) dapat Anugerah Dekan. Keputusan dari semester 6 (GPA: 3.89).

12. Tahun ni juga aku rasa banyak entry dalam blog aku berbentuk nasihat dan motivasi (kononnya).

13. Melancong ke Jakarta-Bandung selama 4 hari 3 malam pada September.

14. Selepas lebih kurang setahun terhenti, aku sambung menulis semula novel 'Dia BFF Aku' dan publishkan dalam blog aku.

15. Pertama kali jejakkan kaki ke Perkampungan Orang Asli Chiong di Royal Belum.

16. Aku kehilangan tok (nenek) sebelah mak pada 12 September 2015. Tok sebelah abah meninggal dunia pada 17 Ogos 2014. Aku tak pernah jumpa kedua-dua arwah wan.Al Fatihah untuk mereka.

17. Pertama kali jumpa blogger famous, Ben Ashaari.

18. Dapat kakak ipar baru bila abang aku selamat mendirikan rumahtangga pada November.

19. Dapat anak saudara yang ke 10.

20. Kawan baik aku masa di UiTM Shah Alam selamat mendirikan rumahtangga pada Disember.

21. Genap umur aku yang ke 24 pada 27 Disember lalu.

22. Setelah hampir enam tahun berblogging, entry aku sudah mencapai 500 entry.

Itu sahaja throwback saya sepanjang tahun 2015. Selamat tahun baru semua.

Terima kasih kawan...



Walaupun harijadi aku dah lepas beberapa hari, masih ada juga yang sudi nak raikan..sebenarnya, aku tak mengharapkan sebarang sambutan atau sebaliknya, cukup sekadar doa untuk aku dan kawan-kawan serta keluarga aku, itu dah cukup...



Tapi, semalam, kawan-kawan baik aku dekat Ipoh sudi raikan majlis aku walaupun tak seberapa...pada awalnya, aku yakin dorang semua tu nak 'prank' aku...tapi disebabkan aku ajak lepak dekat Dataran MBI, jadi keadaan tu tak sesuai..hehehe...rancangan dorang semua dalam poket aku...



Tak ada apa pun, cuma makan-makan dan sembang-sembang...terima kasih aku ucapkan dekat Faees, Basyir, Naz dan kawan Basyir...terima kasih untuk cupcake yang sedap  tu..serius sedap...



Tak lupa juga..terima kasih kepada teman tapi mesra aku, Eha sebab sudi kirimkan hadiah dan keychain yang comel...bagi balik sama macam apa yang aku bagi kat dia dulu...hehehe...so sweet dear...



Insya Allah..bertambah umur satu angka lagi...semoga semuanya berjalan lancar di masa akan datang...insya Allah..

Keburukan Kita Yang Orang Nampak

Buatlah kebaikan sebanyak mana sekalipun, tapi sekali kalau kita buat 'taik', itulah yang dicanang orang selama-lamanya...perkara ini realiti, bukannya aku reka...aku rasa korang pun dah alami perkara ni dalam hidup korang...

Walaupun setiap hari kita buat kebaikan, tapi disebabkan oleh satu keburukan atau kesilapan yang kita buat, walaupun kecil, itulah yang akan terus orang sebutkan...hilang habis kebaikan yang kita buat selama ni...

Nak tengok kebaikan yang kita buat selama ni disebut semula?? Tunggu bila kita dah 'pergi' dari muka bumi ni buat selama-lamanya...masa tu, baru kebaikan kita akan disebut...selagi kita masih hidup, keburukan kita yang akan dicanang habis-habisan...

Tak dinafikan, ada orang yang lebih suka 'bawa mulut' tentang kebaikan kita, tapi berapa ramai? Yang bawa tentang keburukan kita tu lebih ramai berbanding yang bawa cerita tentang kebaikan kita...

Kita bukan minta dipuji atau disanjung..tetapi sebelum kita bawa cerita tentang satu keburukan orang tu, cuba kita fikir kebaikan yang dia buat...itu lagi penting...kebaikan seseorang tu sebenarnya lagi banyak berbanding keburukan seseorang tu...

Sejahat mana pun dia, pasti ada sisi baik dia yang kita sendiri tak tahu..

29 Disember 2015

Ciri-ciri seorang wartawan



Aku tau yang aku ni pun masih baru dalam industri media ni, jadi pengalaman aku yang sikit ni, aku nak kongsi dengan sesiapa yang sudi baca blog aku ni...nak jadi wartawan, tak kira lah wartawan penyiaran ke, wartawan media cetak atau wartawan majalah sekalipun, kriteria ni kena ada...ini berdasarkan pengalaman aku dan juga senior reporter yang aku jumpa dekat media Perak...jadi, aku kongsikan dengan semua, supaya jadi panduan kepada mereka yang berminat nak jadi wartawan...

1. Fizikal kena mantap
Tak semestinya badan kena sado macam korang nak jadi body builder dan bodyguard vvvvip...tetapi kecergasan tu kena ada...aku pun bukannya sado, terlebih sado tau...tapi jangan cepat penat..berkejar ke sana sini tu biasa, terutama bila melibatkan orang-orang penting macam PM dan TPM serta aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan...aku tahu memang agak penat, tapi itu persediaan yang kau kena ada...selalunya, bab fizikal ni, memang tak jadi masalah.

2. Mental kena kuat
Ini yang paling penting...bagi aku, penat badan tak jadi masalah lagi, sebab kalau fizikal letih, lepas tidur dah akan hilang letih tu, tetapi kalau mental penat, kau nak buat apa pun tak boleh...kau perlukan rehat sehari untuk pulihkan balik minda dan otak yang kau dah kerahkan sehari suntuk. Tambah lagi, kalau kau kena 'ketuk' banyak story dalam satu hari...jadi, mental kau kena kuat untuk 'ketuk' banyak story dalam satu hari dan hari seterusnya. Kalau ada isu panas??lagi la mental kena kuat.



3. Kena berfikiran kreatif
Untuk jadi lain dari yang lain, berita yang kau 'ketuk' tu kena kreatif atau cari dari sudut lain. Jangan ikut orang lain. Dalam erti kata lain, kalau ramai media masa kau 'cover' sesuatu majlis tu, kau kena cari dimana kelainan majlis tu. Tambah lagi kalau kau kena buat laporan khas atau investigative reporting...

4. Persiapan rapi
Buku, pen, voice recorder atau handphone memang kena sentiasa ada dengan kau sepanjang masa...kadang-kadang aku tertinggal juga buku dan pen...tapi disebabkan aku ada telefon, jadi aku boleh rekod dan taip guna telefon yang ada..cuma yang remehnya bila kau record, kau kena dengar balik itu ja...

5. Bersedia hadapi tugasan mengejut
Bila kita ingat kita cuma ada satu program ja satu hari tu, kita dah boleh relax, itu tak betul...kadang-kadang bila melibatkan kes-kes mengejut dan menggemparkan, itu kita kena siap sedia...kadang-kadang pukul 2-3 pagi terpaksa bangun untuk buat tugasan semua tu. Buat masa ni sepanjang aku bergelar wartawan, ada la sekali dua aku kena tugasan mengejut. Tapi itu lumrah.

6. Sedia peralatan yang rapi
Selain alat untuk tulis berita macam aku tulis di point ke 4, kadang-kadang cameraman dan photografer takkan dapat ikut kita sekali, jadi nak tak nak, kita kena settlekan sendiri. Macam aku di media eletronik, kadang-kadang bila aku ditugaskan seorang, aku kena ambil gambar sendiri. Nak minta kat fotografer media lain?mungkin segan dan malu.tapi ada yang faham dan mereka akan tolong. Cuma aku, aku akan ambil gambar guna telefon aku walaupun tak berapa cantik. Atau sediakan camera kompak dalam beg.jadi itu penyelamat walaupun gambar tak cantik.

7. Sahkan maklumat yang diterima
Pernah jadi kes dekat aku maklumat yang aku laporkan tu salah dan pihak tersebut minta aku betulkan atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. Puncanya?aku salah faham dengan kes tu, dan berita yang aku buat tu salah. Jadi aku dah betulkan dan minta maaf kepada pihak berkenaan. Harap-harap tak timbul masalah kepada aku dan syarikat.
posted from Bloggeroid

27 Disember 2015

Secara rasminya 24 Tahun



Alhamdulillah...tarikh 27 Disember 2015, pukul 7.35 pagi, genap usia aku yang ke 24 tahun...lagi empat hari, secara tak rasmi, aku dah berumur 25 tahun...boleh macam tu? Tentulah boleh...

Kat rumah, aku dah suruh mak masakkan makanan kegemaran aku...masak lemak labu dengan nasi goreng ayam kukus..hehehe...makan ramai-ramai...semua abang dan kakak aku ada...



Hadiah?tak perlu dah...cukup aku ada keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang memahami dan sahabat yang sentiasa berada dengan aku dalam senang dan susah aku...

Melangkah usia setahun lagi, aku perlukan sesuatu yang kukuh untuk masa depan aku...kerja yang lagi stabil, kewangan perlu dimantapkan bla bla bla bla...hahahaha...itu perlu...Insya Allah, ada rezeki aku nanti...cuma perlu bersabar untuk masa sekarang ni...

Kepada semua yang bagi ucapan dan doa...aku ucapkan terima kasih sangat-sangat...semoga kita semua diberkati dan dipermudahkan urusan dunia akhirat dari Allah SWT...

24 Disember 2015

Food Review : R Heritage Recipe, Meru, Ipoh

Petang tadi lepas habis kerja, cadangnya nak tengok cerita Dilwale dengan member ofis aku, tapi disebabkan sorang tu tak suka tengok cerita hindustan, tetiba terancang untuk ke satu restoran baru dekat Meru, Ipoh, bukan Meru, Klang ye...

R Heritage Recipe, baru dibuka tiga bulan lepas...aku pun tak tahu tentang restoran ni, jadi kami bertiga ke sini lepas tengok gambar-gambar makanan yang menarik dekat Ipoh Halal Food dekat Facebook.
Bila sampai, aku tengok dekorasi restoran ni ala-ala hipster, sebab gunakan kayu pallet...dan nampak luas..mungkin susunan meja yang teratur, jadi nampak luas...
Masa untuk tengok menu...setiap kali tengok menu, aku akan cari yang special...walaupun tengah 'kering' sekarang ni, tapi sesekali cuba, tak salah...

Aku order sempoi burger yang mana, roti-roti ni bermacam warna...member aku order steak...aku punya burger warna purple dan member aku sorang lagi, warna kuning...

Serius aku rasa menyesal tak order steak...sebab blackpepper dia sangat sedap gila....burger??roti dan patty, aku rasa buat sendiri...sebab roti tu lain sikit..tak macam roti burger yang biasa...




Yang menarik, setiap burger ni didatangkan dengan mayonis yang bermacam warna...jadi nampak menarik...rasa??aku bagi 3.5 bintang...kurang menepati citarasa aku sikit...air pun menarik jugak...tapi aku terorder air yang ada 'telur katak' atau selasih...aku tak suka selasih sebenarnya..hehehehe...

Location? Bertentangan dengan McD Meru...itu je...korang cari McD Meru, tengok arah yang bertentangan, pasti nampak..kedai ni di corner lot...

23 Disember 2015

Entry Yang Ke-500


Wahhh...tak sangka dah 500 entry aku dalam blog ni...memang aku tak jangka yang blog aku ni boleh kekal selama 6 tahun...kalau ikutkan, enam tahun tu baru nak manusia...baru nak belajar...well...aku pun masih lagi belajar untuk menulis blog dengan baik...
Kalau dilihat dari pembabitan aku dalam dunia blog, penulisan aku lebih kepada ayat-ayat skema...acah-acah nak jadi pakar motivasi macam tu...tapi, lama-kelamaan aku dah dapat rentak aku sendiri...tak perlu tiru gaya orang menulis blog...sekarang, aku cuma tengok dari segi gaya bahasa dan macam mana nak tarik pembaca...
Walaupun aku tahu blog aku ni tak seberapa, tapi aku tahu, ada rakan-rakan yang jadi 'silent readers' dekat blog aku...aku ucapkan terima kasih banyak-banyak...harapan aku, supaya apa yang aku tulis ni mungkin dapat membantu mereka yang memerlukan...insya Allah...

22 Disember 2015

Hadiah Hari Jadi Terbaik Yang ke 24


Menjelang hari jadi aku yang tak berapa hari ja lagi, aku mengharapkan agar aku dapat hadiah yang terbaik walaupun aku dah ada yang terbaik sepanjang 24 tahun aku hidup iaitu keluarga dan sahabat-sahabat aku..itu hadiah yang terbaik aku pernah ada...sebab apa?sebab mereka semua selalu ada dengan aku masa aku susah dan jatuh...

Apa yang aku harapkan pada harijadi aku yang ke 24 tahun ni adalah sesuatu yang berharga dalam hidup aku...apa dia?aku pun tak pasti apa...masih menunggu.. bukan dari segi barang, tetapi dari segi semangat...

Tapi kalau tak dapat pun, aku bersyukur dengan apa yang aku ada...perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik...jadi, kalau tak dapat hadiah tu, mungkin akan ada yang terbaik di masa akan datang...
posted from Bloggeroid

21 Disember 2015

Selamat Pengantin Baru, Sahabat



Alhamdulillah...salah seorang sahabat baik aku masa dekat Shah Alam dah selamat bernikah pada 18 Disember lalu,
dan majlis (sebelah perempuan) pada 19 Disember...aku nak ucapkan tahniah dekat Shofi dan pasangan, Azura...

Aku ke Senggarang, Johor pada 18 Disember pagi dengan Afkar...walaupun ramai kawan-kawan sekelas tak dapat hadir disebabkan pelbagai faktor, tapi aku tahu, semuanya mendoakan yang terbaik untuk Shofi dan Zura...



Aku doakan, semoga mahligai yang dibina ni kekal bahagia hingga ke akhir hayat, jadilah pemimpin keluarga yang baik, jadi suami yang terbaik, jadi bapa yang baik dan semoga tabah dalam mengharungi hidup berumah tangga..







Selamat pengantin baru sahabat...

20 Disember 2015

Itulah kalau dinamakan rezeki



Akhirnya, rezeki aku bila aku jumpa juga novel 'Biarlah YM Berbicara'...sebelum ni, aku cuma jumpa sambungan novel ni, 'Biarkan YM Terus Berbicara' dan akhirnya, novel pertama jadi milik aku juga...

Ceritanya, aku ke Ipoh Parade untuk cuci mata sambil-sambil aku usharr 'Biarlah YM Berbicara' dekat kedai buku terpakai, tapi tak jumpa...memang setiap kali aku ke Ipoh Parade, aku ke situ...

Tapi lepas setengah jam aku cari, tetap tak jumpa...aku terus ke Popular Bookstore sebab nak cari Mastika...tak jumpa...entah macam mana, tergerak dalam hati nak pergi usharr novel untuk aku beli bila dapat gaji nanti...

Tengah-tengah usharr...mata aku tertangkap novel tu...terus aku ambil dan tak lepas...hahahaha...novel ni adalah novel lama, jadi susah nak jumpa..aku tak tahu la macam mana novel ni boleh ada kat situ...sebab aku tak jumpa dah novel tu, ada satu tu ja...itulah kalau dinamakan rezeki...hehehehe...

Aku sekarang ni minat untuk cari novel-novel yang ada sambungan...tengah mencari lagi novel yang menarik...tapi susah...tambah aku tengok novel-novel sekarang ni, macam...errr..well novel aku pun lebih kurang...hahahaahah

17 Disember 2015

Food Review : Burger Ketam Lembut, Chemor

Kerja sebagai wartawan ni, satu ja yang aku suka, aku berpeluang untuk mencuba menu dan makanan-makanan baru, terutama kedai-kedai makan yang baru buka...kadang-kadang percuma, kadang-kadang berbayar, aku tak kisah pun...janji dapat cuba makanan baru...

Malam ni, aku pergi makan dekat satu warung biasa dari luarnya, tetapi makanan dia mantap dan sedap...selalunya bila sebut burger, kita cuma bayangkan roti dan daging burger yang biasa, tetapi kali ni, daging tu ganti dengan ketam lembut (soft shell crab)...





Selain burger ketam ni, ada jugak Nasi Goreng Ketam XL Seafood....memang mantap...nasi goreng yang pedas dan cukup rasa...





Maaf sebab gambar tak ok, sebab saya bukan pengguna iphone...ehhh...hahahaha...

Untuk nasi goreng ketam tu, ada satu sos hitam, pemilik kedai tu yang buat...serius sedap dijadikan sos pencicah dengan ketam...

Harga??masih mampu milik..untuk burger ketam, RM10.90 kecuali Rabu, RM8.90...ada promosi, bagi nasi goreng ketam tu pulak, RM15.90...

Pemiliknya pun masih muda, baru 27 tahun..dan setahu aku, ini burger ketam pertama dekat Ipoh...jadi boleh cuba..

Lokasi kedai senang sangat cari...dari Mydin Meru, terus menghala ke Chemor...selepas simpang untuk ke Kawasan Perkelahan Ulu Chepor, akan ada satu selekoh dan ada gerai sebelah kiri...situ la lokasinya...dari luar memang macam biasa...pemiliknya pun ramah, selalu tanya feedback dari pelanggan...

Aku bagi 5*...sedap wehhh...

16 Disember 2015

TERKUNCI DI DALAM RUMAH SENDIRI!!

Pernah tak korang rasa terkunci dalam rumah sendiri??aku pernah!!! Hari ni aku rasa macam mana rasa terkunci dalam rumah sendiri..puncanya sebab budak rumah aku kunci pintu pagar masa dia nak pergi kerja sebab dia ingat tak ada orang dalam rumah...

Aku bukannya tak ada kunci, tapi kunci rumah aku tertinggal dekat kampung...kunci pagar automatik, ada kami sembunyikan kat luar, cuma kunci pintu grill ja tak ada...

Member office aku yang ambil aku kat rumah pu, cuma dapat bukak pintu pagar automatik tu je...pintu grill tak dapat bukak...

Kelam kabut aku mesej budak-budak rumah aku tanya...dah la aku kena ada kat Kuala Kangsar pukul 11 pagi...aku geledah satu rumah tak ada kunci spare...sudahhh...macam mana nak buat...

Akhirnya, budak rumah aku sorang sanggup balik dari office untuk tolong bukakan pintu...itu pun selepas satu jam aku terperangkap dalam rumah...

Memang kena buat kunci spare macam ni...tinggal satu kunci dalam rumah..sebab bulan lepas pun pernah jadi kes...yang tu aku kunci budak rumah aku...hahahaha....kereta dia letak kat luar dan jauh, jadi aku tak perasan kereta dia...aku pun kunci la...tapi aku tak tahu la macam mana dia keluar, mungkin dia telefon budak rumah aku yang lain kot...hahahaha....

15 Disember 2015

Luahan Hati Seorang Wartawan



CATATAN MARHAEN
Saya paling takut kalau orang tanya best tak jadi wartawan. Kerana seperti mana karier yang lain, setiap kerjaya yang kita ceburi pasti ada hitam dan putihnya. Lebih saya takut bila orang anggap karier wartawan satu tugas yang glamour. Kononnya ramai VVIP kenal kita so boleh dapat projek. Ramai artis kenal kita so dapat masuk konsert free. Ramai pegawai polis kenal kita so dapat diskaun saman etc.
Dan paling mengerikan bila ada orang ingat wartawan ni besar gajinya, wartawan ini banyak 'kabelnya', wartawan ini selalu dilayan bagaikan raja. Hakikatnya hanya mereka yang bergelar wartawan saja tahu realiti dan susah senang bergelar orang media. Begitu juga jurufoto dan jurukamera.
Bila masuk arena ini, belajarlah menerima hakikat bekerja siang malam dengan pulangan tak seberapa. Belajarlah dipuji, dihina dan dikerah macam si askar Gurkha. Belajarlah menebalkan muka walau tak disuntik botox segala. Belajarlah untuk tersenyum walau didada kepahitan melanda.
Wartawan itu pencatat sejarah. Datangnya dijemput, perginya tak siapa peduli. Suka dan dukanya tak siapa mengerti. Namun kerana dia seorang wartawan, dia tak layak menagih simpati. Baik di kala hidup, mahupun di saat penanya terhenti...
-Dari Facebook Shahril Abdul Kadir
Pendapat aku

Ramai orang ingat kerja sebagai wartawan ni mudah. Rapat dengan YB dan VVIP, rapat dengan artis dan sebagainya...tetapi mereka tak tahu betapa risikonya kami. Risiko diancam bunuh dan ugut jika 'cover' kes di mahkamah, risiko disaman jika salah melaporkan, risiko kemalangan jika melibatkan perjalanan yang jauh. 
Mereka tak tahu kerja sebagai wartawan ni penat fizikal dan mental. Banyak kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi. Masa dengan keluarga tidak menentu. Masa bekerja yang tidak tetap. Kadang-kadang tengah malam pun terpaksa bekerja. Rancang percutian pun kadang-kadang terpaksa dibatalkan disaat akhir diatas tuntutan kerja.
Syukur jika anda dapat pasangan dan keluarga yang memahami. Kerja sebagai wartawan atau dalam industri media ini sangat banyak cabarannya. Hati kena kental.

14 Disember 2015

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2


Keputusan Gegar Vaganza (GV) 2 telah pun diumumkan..dan seperti jangkaan orang ramai dan penonton setia GV2, Siti Nordiana menepati ramalan untuk muncul juara GV musim ni...

Keputusan Penuh...


1. Siti Nordiana
2. Faradhiya
3. Ezad Lazim
4. Nassier Wahab
5. Achong Sweetchild
6. Haiza

Persembahan Terbaik : Siti Nordiana

Siti Nordiana menyanyikan lagu Putus Terpaksa (nyanyian asal oleh Ziana Zain) dan lagu Awak Kat Mana (version comel) dalam 'Battle Round' dengan Achong.

Aku agak tak puas hati dengan keputusan malam ni bila Haiza dinobatkan sebagai tempat keenam...bagi aku, dengan persembahan yang lain dari lain setiap minggu, suara yang serak-serak basah, Haiza layak untuk dapat Top 3...macam yang aku ramalkan dalam entry sebelum ni...ternyata, ramalan aku, hanya tempat kelima, ketiga dan juara sahaja yang betul...

tapi aku cukup tak puas hati bila Nassier Wahab diumumkan tempat keempat...sebab apa??sebab sepanjang GV2 berlangsung, Nassier Wahab cuma dapat lagu-lagu yang selamat atau yang tak mencabar...tapi dekat artis lain, semua lagu yang mencabar dari suara masing-masing...contohnya, Haiza dan Siti Nordiana.

Sebenarnya, dari separuh akhir pun, aku rasa Azian Mazwan Safuan yang layak ke pentas akhir berbanding Nassier Wahab..tapi nak buat macam mana kan??

Faradhiya nombor 2??aku masih boleh terima walaupun minggu lepas dan minggu ni, persembahan agak turun walaupun masih boleh diterima...

Apapun, tahniah Siti Nordiana atas kemenangan anda...

13 Disember 2015

Juara Gegar Vaganza Musim Kedua


Malam ni pentas akhir Gegar Vaganza musim kedua (GV2) dan sudah pasti, setiap orang ada artis kegemaran masing-masing dan mengharapkan artis mereka menang...

Aku pulak, aku nak Siti Nordiana atau Nana menang untuk GV2 ni...ini adalah jangkaan aku untuk final malam ni...

Juara: Siti Nordiana
Naib Juara: Haiza
Ketiga : Ezad Lazim
Keempat : Faradhiya
Kelima : Achong
Keenam : Nassier Wahab

Ini adalah jangkaan aku untuk malam ni. Antara keenam-enam finalis, aku rasa Siti Nordiana, Haiza dan Ezad Lazim akan beri persaingan yang paling sengit. Tetapi kalau Faradhiya dah kembali sihat, kemungkinan besar dia akan all out malam ni...

Bagi aku, yang layak jadi juara hanya dua orang, Nana atau Haiza. Kalau Nassier Wahab jadi juara, aku tak tahu la...lagu-lagu yang dia dapat semua yang selamat. Aku harap jangkaan aku untuk pentas akhir GV2 tepat...

12 Disember 2015

Hari Tanpa Berfikir

Seriusly, aku perlukan hari yang macam ni..aku nak buat semua benda yang boleh melepaskan segala tekanan, penat dalam satu hari.

Aku boleh ada satu hari tu, tapi masalahnya, setiap kali aku cuti, ada saja aktiviti aku yang kadang-kadang tak dirancang pun...ambil cuti, selalu memang dah ada aktiviti aku...aku teringin nak bercuti dan 'mengangkang' kat rumah atau wayang tanpa berfikir apa-apa.

Aku nak tutup data internet, nak tengok wayang, shopping barang-barang yang perlu, lepak, tengok movie kat laptop, buat facial dan tak perlu fikir tentang kerja. Itu yang aku nak.

Tapi rasanya macam tak dapat ja..hahaha...sebab hari cuti aku ada ja aktiviti. Walaupun aktiviti tu seronok, tapi aku tak dapat kepuasan..aku kena buat sesuatu yang betul-betul puaskan aku...tapi apa?

Itu kena fikir dulu...
posted from Bloggeroid

10 Disember 2015

Berkorban untuk masa depan


Sejak aku habis belajar, baru dua kali aku pergi interview di dua buah syarikat media...semuanya di Kuala Lumpur...kalau diikutkan, setiap kali aku dapat interview tu, semuanya diwaktu yang tak kena...

1) hujung bulan, hari yang paling perlu buat penjimatan.
2) hari paling sibuk dan memenatkan.

Yang terbaru selepas beberapa hari kenduri abang aku..mulanya nak ambil cuti banyak hari selepas kenduri, tapi disebabkan ada interview, aku pendekkan cuti aku...

Dan semua yang aku pergi tu, aku balik hari. Aku pergi pagi, dan balik petang atau malam. Sebab apa?sebab minat aku dalam bidang media...walaupun belum tentu lagi dapat (macam interview pertama, memang tak dapat), dan yang kedua, aku masih tunggu keputusan, tetapi aku terpaksa korbankan masa, cuti, duit dan tenaga aku untuk masa depan. Mungkin ada yang fikir...



'Ala...kau pergi jauh-jauh, buang masa atas bas ja..duit tambang lagi...kerja belum tentu dapat...'

Well..itu yang orang panggil pengorbanan...kalau kita sendiri tak berkorban untuk masa depan kita, siapa lagi nak berkorban? Keluarga dan kawan-kawan cuma boleh 'korbankan' air liur ja untuk bagi nasihat dan sokongan, yang lain, kita sendiri yang kena berkorban.

Bagi aku, tak perlu kita terlalu berkira untuk berkorban sekiranya ini untuk masa depan kita sendiri. Mungkin pengorbanan yang kita buat pada hari ni, Allah SWT akan balas balik dengan sesuatu yang setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan.

Biarlah habiskan duit, masa dan tenaga untuk sesuatu yang, siapa tahu, rezeki kita dah sampai. Mungkin pada mulanya kita rasa tertekan sebab duit banyak habis, tenaga banyak dikeluarkan, masa banyak terbuang, tapi bila kita dah dapat, kita rasa semua tu berbaloi...

Kalau tak ada rezeki pada kali pertama, cuba lagi, jangan berhenti mencuba...sebab setiap percubaan tu, ada manfaatnya sendiri.

Macam aku sendiri, pertama kali interview aku tak bawa apa-apa..cuma bawa resume dan sijil-sijil aku, sedangkan aku kena bawa portfolio atau berita-berita yang aku tulis...tapi yang kedua, aku jadikan pengalaman aku ditemuduga pertama untuk dijadikan panduan. Aku bawa portfolio aku...itu dah jadi pengalaman sendiri dan kita tahu mana kekurangan kita..

Jadi, jangan takut atau merasa rugi untuk berkorban..sebab setiap pengorbanan tu, ada hikmahnya yang tersendiri..insya Allah..ada balasannya nanti...
posted from Bloggeroid

Luahan Hati Seorang Ahli UMNO


Sekarang Perhimpunan Agung UMNO 2015 sedang berlangsung dan aku tengok segala yang berlaku kebelakangan ni di dalam UMNO, aku jadi takut untuk bayangkan masa depan anak cucu aku nanti...

Jujur aku katakan, aku adalah penyokong UMNO...tetapi bila aku tengok keadaan UMNO yang semakin berpecah sekarang ni, aku tak nampak sesiapa pun yang layak jadi Presiden parti keramat ni...nak harapkan yang ada sekarang ni?pelbagai isu yang melanda...walaupun belum didapati bersalah, tetapi sebagai Presiden, aku rasa sedikit sebanyak 'dia' dah mencemarkan imej UMNO sendiri...

Orang nombor dua dalam parti?sepatutnya dia membantu membersihkan dan memperbetulkan imej parti dari sebarang krisis yang berlaku dalam parti, tetapi langkah yang diambil tu aku rasa kadang-kadang macam agak keterlaluan.

Dalam masa yang sama, aku pun rasa langkah yang dia ambil tu betul. Kalau dengan cara diam (kalau dia betul-betul lakukan) pun tak didengari atau tak diterima, lebih baik dia buat secara terang-terangan.

Nak pilih yang sedia ada sekarang ni, aku tak nampak sesiapa pun...aku tak nak sebutkan beberapa nama yang aku rasa boleh naik, tetapi rasanya majoriti akan setuju jika aku pilih dia...bukan sebab dia anak 'somebody', tetapi sebab kurangnya kontroversi...

Bagi aku, aku masih sayangkan UMNO...keluarga aku adalah UMNO..tapi melihat keadaan UMNO sekarang ni, aku jadi sedih...tak tahu nak memihak kepada yang mana satu..kedua-dua ada baik dan buruk, ada betul dan silap masing-masing...jadi, perlu muhasabah balik diri masing-masing.

Aku harapkan, UMNO akan kembali bersatu seperti dahulu...kembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO...


Ps: teremosi politik pulak hari ni...
posted from Bloggeroid

09 Disember 2015

Cara bekerja di bawah tekanan...



Bila masuk dunia bekerjaya ni, pasti tekanan tu ada...tak kira la tekanan dari majikan atau rakan sekerja...campur pulak dengan tekanan dari keluarga dan kawan-kawan...

Kadang-kadang, tekanan tu tak ada pun, cuma kita ja yang terlalu memikirkan masalah orang, dan akhirnya, perkara tu, jadi beban kepada
kita...

Bagi aku, nak elak tekanan ni mudah...kalau kita ada masalah di rumah, jangan bawa ke pejabat, dan sebaliknya...sebab apa?sebab kalau kita campurkan kedua-dua sekali, pasti kita akan jadi stress dan kedua-dua kerja yang kita terima, takkan jadi...

Lagi satu, rajin-rajinkan berkongsi dengan orang yang rapat dengan kita, orang yang kita boleh percaya. Kadang-kadang kita tak nak berkongsi sebab kita rasa itu cuma masalah kecil dan kita malu nak bercerita...percaya atau tak, benda yang kita anggap kecil itu la yang akan sentiasa kita fikirkan...

Jadi, rajin-rajinlah berkongsi dan lupakan masalah di tempat-tempat yang tidak sepatutnya...sebab kalau kita pendamkan dan campurkan semua masalah, kualiti kerja kita akan terjejas...
posted from Bloggeroid

07 Disember 2015

Aku belum puas...


Umur dah nak masuk 25 tahun, makin lama makin tua...aku tak capai apa-apa lagi yang aku boleh banggakan...bagi aku la, bagi orang lain aku tak tahu, mungkin mereka berbangga dengan aku...

Aku tak jumpa lagi satu kepuasan dalam diri aku yang aku cari selama ni...walaupun aku dah capai cita-cita aku sebagai wartawan, tapi aku masih belum puas...aku tak pasti kenapa, mungkin sebab aku belum bekerja dengan syarikat yang aku nak kot, jadi aku rasa cita-cita aku belum tercapai 100 peratus...

Bukan aku tak cuba cari yang terbaik..tapi aku terfikir satu...

"Jangan sesekali lepaskan yang baik untuk mencari yang lebih baik, kerana mungkin apa yang kamu anggap 'baik' itu adalah yang terbaik bagi kamu..."

Jadi apa salahnya kalau aku bertahan...cuma mungkin kalau ada tawaran yang aku rasa baik untuk masa depan aku dan itu sudah pasti dalam genggaman aku, aku akan lepaskan...aku takkan mengejar sesuatu yang tak pasti dan akhirnya, "yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran..."

Jadi, sebelum aku buat apa-apa keputusan, aku akan pastikan aku dapat sebelum aku buat keputusan yang silap...

=)
posted from Bloggeroid

05 Disember 2015

Menaruh Harapan Tak Salah...

Lumrah manusia untuk menaruh harapan yang tinggi pada sesuatu perkara tu, terutama sekali bila melibatkan diri sendiri dan masa depan...macam aku sendiri pun, kadang-kadang bila buat sesuatu, baru buat atau tengah buat, aku dah fikirkan untuk masa depan, atau dalam erti kata lain, berangan...kononnya, benda yang aku buat tu akan berjaya dan dalam genggaman aku...

Bagi aku, tak salah untuk kita menaruh harapan, asalkan kita tahu di mana batasnya..menaruh harapan ni jugak, salah satu pembakar semangat untuk kita supaya kita dapat buat yang terbaik...

Cumanya, jangan terlalu berangan...kita perlu sedar dekat langit mana kita junjung, bumi mana yang kita pijak, bukan apa, takut bila terlalu lama mendongak langit, batu dibumi kita tak nampak, dan bila dah jatuh, ambil masa untuk bangun...

Wahhh...ayat aku malam ni, puitis sungguh...macam aku cakap, nak menaruh harapan tak kisah, tak kira la dalam kerjaya, keluarga, sahabat atau cinta...cuma kita perlu sedar kat mana batasnya..itu ja...
posted from Bloggeroid

03 Disember 2015

Kita diajar untuk menjadi rasis...

Tengah scroll TB, terjumpa satu status seorang lelaki berbangsa Cina yang menceritakan tentang dia menolong satu keluarga Melayu ni...cerita ni dikongsikan oleh page mana aku tak ingat, tapi sangat memberi makna...



Kita sebenarnya diajar untuk membenci kaum lain atau dalam erti kata lain, menjadi rasis oleh mereka yang berada di atas sana dan atas nama, menjaga kepentingan kaum...

Bagi aku, tak salah untuk jadi rasis, tetapi biarlah pada perkara atau benda yang sepatutnya..bukan disebabkan politik...kita boleh hidup dalam keadaan yang aman damai, tetapi, kita memilih yang sebaliknya...

Tak dinafikan, ada diantara yang diatas sana terpaksa menjadi rasis demi kelangsungan politik masing-masing..tetapi kenapa tak guna kedudukan sebagai pemimpin, untuk menyatukan semua rakyat tanpa ada sebarang bentuk diskriminasi antara kaum atau tanpa ada sikap rasis?

Nak jadi rasis ..teruskan..tak kisah...tapi biarlah pada perkara yang sepatutnya...jangan semua perkara yang bodoh-bodoh ini pun, nak dijadikan isu perkauman...

Terima kasih...
posted from Bloggeroid

Food Review : Makan Best Ipoh

Hari tu, aku temankan member ofis aku pergi hantar barang dekat Meru, Ipoh...lepas hantar barang, terus cari kedai makan yang tengok macam best dekat area situ, dengarnya macam banyak yang menarik...terus teringat satu kafe hipster yang akak ofis aku cerita...terus pergi cari...rupanya di kawasan KFC Meru kalau tak silap aku...nama cafe tu, Makan Best Ipoh...



Tengok dari luar, macam kedai makan biasa-biasa...tapi bila masuk, baru nampak macam luar biasa...menu aku tak ambil gambar sebab pada mulanya, macam tak nak buat review...tapi, disebabkan nak cari stock untuk blog, aku ambil juga gambar-gambar makanan...







Aku tak ingat makanan apa yang aku pesan dekat sini, tapi yang pasti, semua makanan dekat sini didatangkan dengan portion yang banyak...memang kenyang la...opss...terlebih kenyang makan dekat sini...













Rasa makanan kat sini boleh tahan...aku bagi 7/10 bintang...kiranya nak kata puas hati tu, sikit-sikit lagi la nak penuhkan rasa puas hati aku...

TAPIIIII...aku sangat puas hati dengan portion makanan dekat sini...memang banyak gila..kawan aku yang order nasi goreng tu, tak habis makan...aku pun terpaksa gagahkan diri habiskan makanan dekat situ...

Cuma pendapat aku, restoran ni perlu di'renovate' sikit...sebab pada pandangan mata aku, nampak agak tak tersusun dan terlalu banyak dekorasi...itu ja...yang lain, ok dah...
posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...