25 November 2015

Tulisan ini semakin 'hilang'...

Berapa ramai diantara kita yang boleh membaca tulisan Jawi? Aku sendiri pun, sekarang ni merangkak untuk baca tulisan Jawi...kalau masa sekolah dulu, nak kata pakar sangat pun takda la..cuma bila baca, lancar jugak...

Cuma sekarang ni, aku tak nampak dah tulisan Jawi ni dekat mana-mana...dalam Mastika, masih ada ruangan untuk tulisan Jawi, tapi aku selalu skip untuk bahagian tu...

Bila aku terbaca satu gambar tulisan Jawi yang kawan aku hantar dekat Whatsapp...aku tergagap nak baca...pelan-pelan aku baca...dan akhirnya dapat juga...



Maksudnya...

"Dahulu, akulah yang dipuja dan disanjung tinggi. Kini aku tersisih sepi tiada dipeduli. Ada dan tiada sama sahaja bagi pendapat majoriti. Aku adalah tulisan yang sudah tiada nilainya lagi. Hanya menunggu untuk mati dibunuh oleh bangsaku sendiri."

Dulu, kalau tak silap aku dalam Utusan Malaysia atau Berita Harian, ada satu kartun ni gunakan bahasa Jawi...sekarang aku tak pasti...

Bagi aku, dalam kita menuju ke arah negara maju, jangan kita terus biarkan bahasa Jawi ni terus hilang..dah la Bahasa Melayu pun makin lama makin rosak disebabkan 'modenisasi' anak-anak muda yang baru nak naik, takkan kita nak biarkan bahasa Jawi ni terus hilang...

Fikir-fikirkan...
posted from Bloggeroid

24 November 2015

Selesai majlis kenduri Achik dan Kak Awa

Alhamdulillah....syukur pada Allah selesai sudah majlis walimatulurus Achik dan Kak Awa pada Ahad lepas...semua berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat dalam jam 2.30 petang tu...

Makanan cukup, orang ramai datang, majlis berjalan dengan lancar...semua sempurna...terima kasih pada semua yang sudi membantu sepanjang majlis berlangsung terutama mentara atau penanggah yang bertungkus lumus sebelum, semasa dan selepas kenduri...gotong royong, semua terlibat...










Dan macam biasa...aku selalu dapat soalan-soalan cepumas daripada semua yang datang...tambah lagi bila mak atau abah cakap, tinggal aku sorang ja yang belum kahwin...grrr....aku cuma jawab

"Tunggu la 5-6 tahun lagi..."
"Tunggu mak abah cari..."
"Tengah cari calon..."

Hahahaha..insya Allah, sampai masa aku jugak akan naik ke jinjang pelamin...tapi dengan siapa??hahahaha...tunggu...


posted from Bloggeroid

17 November 2015

Enam Negara yang aku ingin lawati...

Buat masa ni, aku cuma pernah pergi ke dua negara ja, Indonesia dan juga Vietnam...negara lain?belum pernah jejakkan lagi kaki ke sana...

Aku ada beberapa negara yang aku teringin sangat nak pergi...mungkin kebanyakkan negara yang aku teringin nak pergi, sama macam korang semua...tapi mungkin jugak ada yang korang tak terfikir nak pergi...

1. Mekah dan Madinah





Siapa yang tak teringin nak pergi ke dua tempat ni?semua orang Islam aku rasa ada impian untuk ke sana...sejahat mana pun dia, mesti ada terdetik dekat hati dia untuk jejakkan kaki ke tanah suci...insya Allah...satu masa nanti aku akan ke sana jugak...

2. Australia



Aku tak tahu kenapa, dari dulu aku teringin nak ke sini...mungkin ini satu-satunya negara 'orang putih' yang paling dekat dengan Malaysia...lagi pun, aku teringin nak tengok koala dan kanggaroo...teringin nak ke Gold Coast dan ke Perth...aku tak tahu apa yang ada dekat sana, tapi dua nama tempat tu, menarik...aku pernah isi satu website ni untuk sambung belajar dekat sana, tapi sampai ke sudah tak ada panggilan apa-apa.hahaha..mungkin English aku tak cukup power atau aku yang tak isi habis...

3. India



Sebagai peminat filem Hindustan yang tak berapa tegar, India memang aku teringin nak pergi, tambah-tambah lagi di kawasan Taj Mahal...aku nak pergi India sebab nak tengok budaya asli India sendiri, terutama dari segi tarian...menarik tu...selain tarian Melayu, aku suka tarian India...

4. Bhutan



Mungkin ada yang tahu atau tak tahu tentang negara ni...aku tahu tentang Bhutan selepas baca Mastika beberapa tahun lepas...apa yang aku baca, negara ni agak terkebelakang dan masih mengekalkan budaya yang kuat...pemandangan memang sangat cantik...kalau tak silap aku, Lagenda Budak Setan 2 ada berlakon dekat sini..katanya, kalau nak ke sini, kena ke India dulu, baru boleh ke sini...dan apa yang aku baca jugak, masyarakat Bhutan masih memakai pakaian tradisional dan tak ada kenderaan moden...guna kereta kuda...

5. Korea



Korea tak pernah ada dalam senarai negara yang aku nak pergi sebelum ni..tapi...lepas aku dah mula tengok drama Korea dan Running Man, aku dah jatuh hati, terutama makanan-makanan Korea...aku tahu tak halal..tapi mungkin ada restoran makanan Korea yang halal..mana tahu kan??hehehehe....

6. New Zealand



Aku nak pergi sebab pemandangan je...itu sahaja..tak ada sebab lain..hehehehe...tapi kalau tak dapat ke sini pun, dapat pergi ke Kundasang pun jadi la...acah-acah ke New Zealand...
posted from Bloggeroid

16 November 2015

Kenangan dengan arwah Tok...

Tengah scroll FB, terjumpa pulak gambar sorang nenek ni tengah menitik bedak sejuk...terus teringat kenangan dengan arwah tok sebelah mak...sebelum tu, sebelah utara, untuk nenek memang akan dipanggil 'Tok' dan untuk tokwan akan dipanggil 'wan'...

Gamba Facebook

Masa sekolah rendah dulu, petang-petang aku selalu pergi main dekat rumah tok sebelah mak...main dengan sepupu-sepupu aku...lepas tu bila dahaga ja, masuk rumah tok...kadang-kadang bila masuk, tengok tok tengah menitik bedak sejuk...terus aku dengan sepupu-sepupu aku pergi 'tolong'...hahahaha

Bukan tolong sangat pun, tapi nak main titik-titik tu...main tulis nama, main titik siapa paling lawa...hahahaha...rindu kot...titik guna daun pisang kalau tak silap aku...daun pisang tu kena gulungkan jadi bentuk kon, so akan ada lubang kecil...lubang tu tak boleh besar sangat, nanti tak lawa...kejap je tolong tok, lepas tu bila kena bising, terus keluar main balik...hahahaha

Lagi satu kalau kat rumah tok sebelah mak, masa dekat nak raya lagi best...tok selalu buat agar-agar kering..memang terbaik...aku suka...kalau pergi beraya kat rumah tok, agar-agar tu aku cari dulu...



Kadang masa tok tengah jemur, aku pergi ambil je...tapi sebelum ambil tu, usha line dulu, kena pastikan tok tak nampak...hahahaha...tapi kantoi jugak....

Sekarang ni nak cari agar-agar kering ni susah...aku rasa last aku jumpak, dua tahun lepas, tapi tak sesedap yang arwah tok buat...

Kalau tok sebelah abah, satu ja yang aku memang ingat...sireh yang dah digobek...alaaa...sireh hancur yang orang tumbuk-tumbuk tu...



Aku tunggu tok gobek dan kami yang cucu-cucu ni, tadah tangan ja..bila dah makan, semua pakat tunjuk gigi...nak tunjuk gigi merah sebab makan sireh...aku tak suka makan sireh lipat-lipat tu terus, sebab rasa pedas dia menyengat sangat....kalau gobek, lain sikit...hahahaha...sedangkan sama ja...

Dari kecik aku suka makan sireh, tapi dah jarang..mungkin sebab tu gigi aku kuat kot...macam arwah tok aku (sebelah abah), memang tak buat gigi palsu seingat aku...memang kuat gigi tok....

Banyak lagi kenangan aku dengan kedua-dua arwah tok...masakan tok sebelah mak yang aku suka sambal tumis keli, gulai ikan puyu dan nasi ulam...serius terbaik...bertambah weh...dapat kuah pun jadi la...

Kalau tok sebelah abah, aku teringat kalau makan durian..sebab arwah tok suka makan durian...mungkin dari situ kot aku pun dah jadi 'hantu' durian...hahaha...masakan tok sebelah abah, nasi goreng...tapi sejak tok duduk dengan kami untuk beberapa tahun, memang tok tak masak...

Aku takda kenangan dengan arwah wan..sebab kedua-dua wan aku dah menghadap Illahi masa aku kecik lagi...rasanya dalam umur setahun dua lebih kurang...

Serius aku rindu kedua-dua tok dan wan...harap semua kenangan ni kekal sampai bila-bila...semoga roh kedua-dua mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman....

Al - Fatihah...
posted from Bloggeroid

15 November 2015

Laksa Pokok Besar, Ipoh

Selain Pulau Pinang dan Shah Alam, aku terpaksa akui yang Ipoh ni pun syurga makanan...banyak kedai makan yang sedap..bukan setakat kaya dengan kafe-kafe hipster dekat Ipoh, tapi kedai tepi jalan pun banyak yang sedap...

Contohnya macam laksa...yang aku tahu, ada tiga tempat di Ipoh ni yang terkenal dengan laksa...Laksa Sarang dekat Taman Botani, laksa di Padang Polo dan terbaru, Laksa Pokok Besar...

Tadi balik kerja, disebabkan agak lapar, aku cuba pergi makan dekat Laksa Pokok Besar...lokasi? Jalan pintas dari Tambun ke Ampang, Ipoh..bukan Ampang kat KL ye...gerai dia terletak tepi jalan ja...selepas simpang untuk ke kafe Mat Periuk Tambun...

Dari pemerhatian aku, yang ada kat gerai ni cuma laksa...ok..jom cuba...





Laksa banyak, kuah mantap..masin pedas semua cukup rasa...yang menarik bagi aku, telur ayam dia sebijik...bukan separuh atau suku macam kedai-kedai yang lain..

Kalau tak sedap, takkan licin la aku makan laksa kat kedai ni...



Sedap ooo...lepas ni boleh pergi lagi sebab dekat dengan rumah sewa...nyum-nyum...
posted from Bloggeroid

14 November 2015

Palestin tak dihirau, Paris jadi Kecoh

"Bombing in Palestine, nobody bat an eye

Bombing in Paris, everybody loose their mind"

Aku setuju...sangat setuju....bukan apa...bila terjadi 'perang' di negara yang jarang kecoh, perkara tu jadi kecoh, tapi bila negara yang sah memang sentiasa 'diserang', itu perkara biasa...







Semalam, di Paris berlaku satu serangan di kawasan tumpuan orang ramai...hampir 150 nyawa dilaporkan terkorban dalam 'serangan' tu...pihak berkuasa masih menyiasat punca dan 'siapa' yang buat 'serangan' tu...

Tapi di Palestine, hampir setiap hari mereka diserang, cuma tak diwar-warkan di media sebab mereka di serang hampir setiap hari sejak berapa puluh tahun dah....tak tak ada 'news values' dah dekat dunia ni...





Aku masih bersimpati dengan apa yang jadi di Paris...dan aku masih akan terus bersimpati dengan apa yang jadi di Palestine...

Kita semua manusia...manusia tak patut dilayan macam ni...semua agama menggalakkan keamanan..tak kira apa agama yang kau anuti...Islam, Kristian, Buddha, Hindu bahkan Atheis sekalipun...semua nak hidup aman...

Note: All the pictures that used in this entry are from Google...
posted from Bloggeroid

12 November 2015

Kenapa kalau bergambar, kaki aku mesti silang?



Aku pun tak tahu kenapa kalau bergambar, kaki aku mesti satu ke depan, so akan nampak macam aku silangkan kaki, acah-acah model gitu...kau mampuuuuu???



Aku perasan yang gambar-gambar aku bersilang kaki sejak dari aku dah fotogenik depan kamera...cewahhh..sejak aku Diploma...mesti kaki aku ke depan, bukannya aku silangkan kaki, no no no...mak bukan macam tu nyah...mak tak relaaa....



Mungkin aku rasa yakin bila aku bergambar bila kaki aku ke depan sedikit...macam korang la, mesti korang suka post-post tertentu untuk buatkan korang nampak yakin, menarik tertarik kau memang de bomb...



So, jawapan aku..sebab aku rasa yakin bila kaki aku ke depan sikit bila bergambar...itu ja...tak lebih tak kurang dari tu...


posted from Bloggeroid

10 November 2015

Pra Kenduri: Mesyuarat Kenduri

Aku tak tahu la kalau negeri-negeri lain ada jugak buat mesyuarat untuk kenduri kahwin ni...tapi kalau dekat kampung aku, memang ada mesyuarat untuk kenduri ni...mesyuarat kenduri ni selalunya tuan rumah buat dalam 10 hari sebelum kenduri...

Tak kira sama ada gotong-royong memasak atau katering,selalunya kat kampung aku, memang tuan rumah akan buat mesyuarat...takda mesyuarat sangat pun sebenarnya, lebih kepada buat doa selamat sikit dan sedikit tahlil.

Masa mesyuarat ni la, tuan rumah akan bincang dengan ketua mentara dan ketua tukang masak untuk lauk apa yang nak dimasak, tempat masak dekat mana dan sebagainya...



Alhamdulillah...malam ni mesyuarat kenduri untuk kenduri Achik pada 22 November ni dah berjalan lancar..aku takda dalam mesyuarat kenduri sebab dah balik Ipoh...huhuhu...



Malam ni terus buat sekali dengan tahlil untuk arwah tok aku....dah dekat 2 bulan dah...Al Fatihah untuk arwah tok sebelah abah dan sebelah mak...

Pejam celik pejam celik..tak lama dah nak kenduri....berapa hari ja lagi...ceih...macam aku je yang nak bersanding...hahahaha..sedangkan abang aku...aku?aku tukang makan je...
posted from Bloggeroid

09 November 2015

'Kalau tak mampu, buat cara tak mampu...'

Orang selalu cakap, kalau tak mampu, buat cara tak mampu, jangan berlagak sangat...takut nanti menyesal dikemudian hari...

Bagi aku, aku setuju 50% dengan kenyataan tu...sebab apa?kadang-kadang, orang kita ni disebabkan nak berlagak dengan masyarakat sekelilingnya, dia sanggup buat apa saja, asalkan orang sanjung dia...

Contohnya, jiran sebelah beli kereta baru, dia pun sibuk nak beli kereta baru sedangkan dia tak ada duit dan terpaksa berhutang...tak ke naya macam tu? Kita kena ukur baju di badan sendiri...

Jangan la kita nak buat baju untuk diri senders tapi ukur kat badan orang lain...

Dan baki 50% lagi tu, aku rasa, kita patut berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain walaupun sekeping roti...ingat!!!asalkan kita ikhlas dalam memberi, insyaAllah, rezeki yang sedikit itu pun dah cukup memadai dan akan dilipatgandakan...

Dalam kita nak memberi tu, tengok pada kemampuan kita...kalau kita rasa selepas kita berkongsi dan memberi tu, cukup untuk kita, teruskan...kalau rasa tak cukup, tapi tetap nak memberi, cukuplah sekadar memberi yang termampu, asalkam ikhlas...

Jadi, anda yang mana satu?
posted from Bloggeroid

08 November 2015

Bila giliran kau??



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi...sebaik ja selesai menunaikan solat Zohor dekat masjid, abang aku, Shahrul Nizam Mat Radzi selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Salwa Hassan...cinta dari tingkatan 6 ni woiii....abang aku ni, beza umur kami cuma setahun...



Macam biasa, sebelum ke masjid, ada makan-makan dan buat doa selamat sikit dekat rumah...dan aku dapat soalan cepumas...

"Hang bila pulak pidoih??" Soalan dari Mak Ngah aku...jawapan aku?? Senyum dan cakap "tunggu mak cari..."hahahaha....

Tadi kat masjid pun ada kawan-kawan abang aku tanya, bila turn aku untuk menikah...aku cakap la lambat lagi, sebab takda calon...hahahaha

So, apabila abang aku selamat bernikah, dalam keluarga aku yang enam beradik ni, tinggal aku sorang ja yang masih belum menikah dan masih belum bawa balik sesiapa jumpa mak dan abah...

Dari kiri: No 1, No 2, No 5, aku, No 3, No 4...cuba teka aku nombor berapa...hahahaha

Sebabnya?sebab aku memang belum ada sesiapa pun...malas fikir bab-bab kahwin ni lagi...mungkin bila umur aku dalam 28, baru aku akan fikir untuk ke peringkat seterusnya...sekarang ni, cuma nak fikir cari kerja yang kukuh dan beli asset...

Ok, kembali pada topik, lepas ni, memang akan banyak soalan-soalan yang akan tanya bila giliran aku untuk berkahwin, sebab cuma tinggal aku sorang ja yang belum menikah dalam family aku...

Aku mintak mak tolong carikan, mak tak mau...hahaha...mak cakap,

"hangpa yang nak kahwin, mak pulak kena cari..nanti mak cari, hangpa tak berkenan pulak, la ni, biaq hangpa yang cari..."

Ok..aku gelak ja...



By the way..ramai yang cakap muka aku dengan abang aku lebih kurang...cuma aku ni versi comel...betul ke?


posted from Bloggeroid

07 November 2015

'Manusia...jadilah seperti rama-rama...'

Foto: Mr Google

"Rama-rama tak dapat melihat sayapnya...
Namun dunia tahu sayapnya cantik.

Kecantikan mu ada kalanya terlindung daripada mata mu sendiri..."

Masa aku tengah seronok scroll Twitter untuk meretweet Tweet orang lain, aku terjumpa ayat ni...aku tak ingat dari account mana...(kalau tuam empunya ayat baca, aku pinjam ye)..aku jumpa ayat kat atas tu...bagi aku sangat menarik...

Kadang-kadang kita rasa kita ni sangat jahat...kita rasa kita tak ada buat kebaikan walaupun sikit..sebab kita tak nampak kebaikan yang kita buat..

Tapi bagi orang lain, mereka nampak kebaikan kita, kecantikan tingkahlaku kita...walaupun mungkin ada yang menganggap kita ni sangat jahat, percaya lah, pasti ada kebaikan dan kecantikkan sifat kita yang tersembunyi...

Mungkin kita tak nampak, orang lain tak nampak, tapi Yang Maha Esa Maha Melihat dan Maha Mengetahui....
posted from Bloggeroid

04 November 2015

Bukan tak nak update blog, tapi...

Aku ni kalau boleh nak update blog aku ni setiap masa...sekurang-kurangnya sehari sekali...tapi disebabkan tak ada topik nak update, jadi aku biarkan ianya terbiar sepi, mengenang nasib seorang diri, tanpa ada yang peduli...

Kadang-kadang aku nak jugak simpan story sebagai 'stock'...jadi bila aku tak ada story nak publish atau tulis, aku akan gunakan yang tu untuk publishkan...

Masalahnya, aku ni jenis teruja nak kongsi dengan semua orang...jadi orang tahu apa yang aku rasa, apa yang aku lalui...hahaha...lepas dua tiga hari, terus tak ada topik...macam mana tu?

Ini pun sebab aku tak ada topik nak cerita, jadi aku buat la satu entry khas... okay...lepas ni nak kena rancang balik penjadualan semula entry blog aku...
posted from Bloggeroid

03 November 2015

Rokok Naik Harga Bermula 4 Nov 2015

Ni adalah senarai harga baru bagi rokok di Malaysia bermula 4 November iaitu esok...



Nasib aku hisap rokok daun...jimat sikit...hahahaha...gurau ja...

Selamat lari bajet kepada semua perokok yang hisap rokok mahal-mahal..harap tukar ke rokok daun...
posted from Bloggeroid

02 November 2015

Disaat Hujan Turun



Disaat hujan turun, aku termenung sendirian...memikirkan apa yang bakal aku lalui di masa akan datang...memikir segala onak ranjau yang kian mencabar...

Disaat hujan turun, aku terfikir, apakah langkah yang aku ambil ini betul atau sebaliknya...mungkin aku hanya mengikut hawa nafsu yang bermaharajalela, atau ini memang ketentuan Yang Maha Esa...

Disaat hujan turun, aku termenung...mengenang dosa lampau yang tak terhitung..apakah aku bisa diampun..

Disaat hujan turun, aku terdiam, kelu lidah untuk berbicara... ku ketap gigi tanpa mampu bersuara...

Disaat hujan turun, aku tahu pasti ada pelangi yang menunggu, memberi sinar cahaya yang baru...
posted from Bloggeroid

01 November 2015

Aku nak jadi Ahli Politik



Disebabkan aku tengok suasana politik dekat Malaysia ni yang makin lama makin agak kucar-kacir, aku terfikir untuk jadi ahli politik dalam masa terdekat...bukan apa, senang untuk aku betulkan apa yang aku rasa salah dan apa yang aku rasa betul sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

Bukan apa, bila aku tengok keadaan politik sekarang ni, aku jadi takut akan masa depan anak cucu aku nanti. Lagi satu, mungkin disebabkan aku ni suka pasal politik negara, jadi ada la sikit impian aku untuk jadi ahli politik yang disegani ramai...

Tapi aku tak nak la jadi ahli politik yang selalu keluarkan statement-statement yang 'kurang pandai' atau statement yang sekadar untuk 'lepaskan' diri sendiri ja..aku nak jadi ahli politik yang bercakap perkara yang betul...

Dengan suasana politik sekarang ni, semua saling menuding jari ke orang lain...well..itu perkara biasa dalam dunia politik...walaupun aku baru beberapa bulan jadi wartawan, aku dapat tengok beberapa ahli politik kerajaan mahupun pembangkang yang cuba 'play-safe' demi jawatan masing-masing...



Ada jugak yang betul-betul jaga rakyat di kawasan yang dia wakili...aku tak nafikan..tapi disebabkan ada perasaam takut dengan kuasa yang lagi tinggi, dorang sekadar bagi jawapan yang 'cukup-cukup makan'..

Bagi aku, mungkin jawapan itu untuk selamatkan diri dorang sendiri dan bila dorang ada di jawatan yang lagi tinggi, dorang boleh betulkan balik atau buat perkara yang sepatutnya..jadi buat masa sekarang, lebih baik dorang ikut apa yang dorang rasa perlu dan bila tiba masanya, baru dorang bangkit..

Kalau aku jadi ahli politik, aku akan cuba untuk bercakap benar untuk kebaikan rakyat...aku tak nak ketepikan hak rakyat untuk tahu perkara sebenar...

Tapi aku takut kalau aku sendiri tak mampu nak buat semua tu...jadi, lebih baik aku jadi wartawan ja, kerja makan gaji, tak payah banyak fikir...hahahahaha...
posted from Bloggeroid

Best Western Marina Hotel, Lumut

Selepas hampir 4 hari aku 'cover' event dan berita di area Perak utara selepas balik dari Kembara Jakarta-Bandung, hari khamis aku dah gerak ke Ipoh sebab jumaat tu aku kena kerja luar lagi...

Aku ada event di Manjung iaitu perasmian Vale Eco Centre di Teluk Batik..okay..bukan tu aku nak cerita...disebabkan media kena pergi sehari awal, kami disediakan pengangkutan dan penginapan dekat Marina Island, Lumut.

Sumber: Mr Google

Mulanya aku ingat cuma hotel biasa, rupanya...ambik kau..besar gila..hotel ni ala-ala apartment...ada dua bilik dan boleh muatkan 4 orang...aku rasa lebih lagi kalau bawak toto ke sini...

Masuk je dalam bilik...wowwww...jalan sikit dalam 10 meter terus ada katil...single bed dua...



Ruang tamu dia luas..ada TV, sinki, mini fridge, dan meja kopi...dan ada satu bilik kelamin...





Kiranya bilik dia selesa gila...luas lagi..lepas tu aku bukak pintu balcony...nak tengok view menarik tak dekat hotel aku ni..bukak-bukak..terus tergamam..cantik kot view dia..menghadap laut dengan bukit...disebabkan jadual petang tu batal sebab hujan, jadi lepak-lepak dan rehat dalam bilik, sorang-sorang...hahahaha...





Bawah bilik aku je swimming pool tu..kiranya kalau aku terjun dari tingkat tiga tu, terus masuk swimming pool..cuma aku tak buat sebab takut bila aku terjun, air kolam tu kering terus atau jadi mini tsunami...hahahaha...joking...

Lepas makan malam dan night trail di Vale Eco Centre, terus balik ke bilik dan rehat sebab esoknya aku nak bangun awal untuk ambil gambar matahari terbit...

Tak sia-sia aku bangun awal..pemandangan cantik gila...





Tenang ja rasa...aku rasa kalau aku beli apartment ni, memang hilang stress tengok pemandangan macam ni...nak honeymoon pun okay kalau kat sini..ehhh...

Cuma satu yang aku rasa kurang dekat sini, tak ada plug untuk cas telefon bimbit berhampiran dengan katil...yang aku perasan ada dekat TV dan sinki...itu ja..yang lain aku suka, terutama bab pemandangan tu....
posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...