30 Oktober 2015

Part 3: Kembara Jakarta - Bandung

Hari ketiga...selepas bersarapan di hotel, semua dah check-out sebab lepas ni habiskan masa di Jakarta pulak...tapi selepas ja makan, semua sambung shopping di luar hotel...ramai peniaga cuba cari rezeki dengan pelancong yang dah nak balik...



Selesai mini shopping depan hotel, semua bergerak ke Jakarta...kali perjalanan tak sesak sangat...mungkin sebab awal pagi...cuma dua lokasi untuk di Jakarta hari tu..pertama, Taman Mini Indonesia...kalau melawat ke taman ni, diibaratkan kita dah melawat ke seluruh Indonesia...

Sebabnya, dalam Taman Mini ni, ada rumah-rumah dari seluruh negeri yang ada di Indonesia, ada muzium dan macam-macam lagi...memang sangat luas dekat sini...aku rasa, sehari mungkin cukup kalau kita nak masuk semua yang ada dekat sini...kami cuma berhenti dekat beberapa tempat ja...







Dalam ni jugak ada kereta kabel untuk pelancong tengok suasana Taman Mini dari atas...kalau kat Malaysia, aku rasa lebih kurang macam Mini Malaysia dekat Melaka...cuma yang ni lagi luas sebab ada muzium segala...

Lepas makan tengah hari, kami dibawa bershopping di Mangga Dua...Mangga Dua ni sebenarnya pusat membeli belah...ini pun sangat luas dan cuma jual pakaian, baju, handbag, accessories, kasut..senang kata macam-macam la...cuma tak jual kain ela...







Shopping kat sini pun sampai nak tutup mall tu...sebab luas dan banyak pintu..jadi korang kena ingat pintu mana korang masuk..

Sekali lagi, si suami melayan je la isteri bershopping di Mangga Dua ni...hahahaha....memang rambang mata dibuatnya...aku cuma beli tshirt je satu dekat sini...kenang-kenangan katanya...

Lepas tu terus check in hotel, dan tidur...sebab esok tu nak balik dah...



Keesokannya, selepas sarapan kami dibawa ke dua lokasi..kali ni bukan untum shopping, tapi lebih kepada city tour...kami dibawa ke mercu tanda Jakarta, Monas atau Monumen Nasional...

Kalau korang tengok sinetron, memang akan ada mercu tanda ni...



Puncak pada mercu tu, aku dimaklumkan yang ianya disaluti EMAS SEBERAT 50 KILOGRAM !!! Wow....berat dan besar tu...cuma tak nampak sangat sebab 'backlight' dan Jakarta baru nak jerebu...





Lokasi terakhir..disebabkan kapal terbang pukul 2.30 dan nak menghabiskan sisa-sisa waktu sebelum berlepas, kami ke Kota Tua...kota tinggalan sejarah atau tempat Jakarta masa zaman penjajah dulu.

Kalau macam di Malaysia, lebih kurang di A'Famosa, Melaka..cuma di sini, bangunannya berwarna putih...









Dah selesai...kemudian terus bergerak ke lapangan terbang untuk balik...nahhhh...masa ni baru dapat tengok berapa banyak hasil shopping semua orang...



Nasib takda yang overweight..sebab buat secara kumpulan..yang mana ada baki berat tu, masukkan yang orang lain..jadi tak la membazir...hahaha..itu tips ya...





Selamat tinggal Jakarta -Bandung...till we meet again...
posted from Bloggeroid

29 Oktober 2015

Part 2 : Kembara Jakarta - Bandung

Bangun ja dari tidur, aku ingat masa untuk kerja..tapi bila tengok keadaan bilik, baru aku sedar aku masih dalam mood bercuti dan aku sekarang berada di Bandug, INDONESIA...what a life...hahahaha...

Lepas bersarapan di hotel, masa untuk SHOPPING di Pasar Baru...untuk makluman, kalau nak shopping di Bandung, Pasar Baru adalah syurga kain baju dan telekung..jadi siapkan duit untuk bershopping di sini...



Kepada si suami, layankan je la si isteri yang tengah rambang mata tengok pelbagai jenis kain baju dekat sini..harga?bagi aku murah dengan kualiti kain yang dijual..cantik-cantik pulak tu...ada dalam 7 tingkat dekat sini, jadi memang tercabut la kaki kalau jalan-jalan dekat sini...







Dalam kompleks, memang penuh dengan kain baju, kalau nak cari makanan ringan orang Indonesia, cari di bahagian luar...masa tengah berkumpul untuk ke lokasi seterusnya, semua tangan ahli rombongan penuh dengan beg plastik...kain, telekung dan macam-macam lagi...kat sebelah luar, ada ja yang jual cenderahati dan sebagainya...



Tips yang aku dapat dari pemandu pelancong, jangan ikut pengawal keselamatan yang kononnya kenal dengan pemandu pelancong yang bawa kita..kemudian, masa tengah pilih-pilih kain, pastikan beg tangan ada di depan kita sebab akan ada rakyat tempatan akan berlakon seolah-olah tengah cari barang sebelah kita, tapi dalam masa yang sama dia kan toreh beg tangan kita untuk mencuri...jadi hati-hati kalau dekat sini...

Selepas 4 jam dekat sini, kami dibawa ke Floating Market...mulanya aku ingat macam di Thailand..orang berniaga dalam sampan, rupanya bayangan aku salah..hahaha...

Floating Market ni macam tempat untuk berehat dan tenangkan fikiran...terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kota Bandung, tempat ni memang tenang..sejuk ja rasa sebab di atas gunung..





Sebelum masuk, korang akan dapat satu tiket yang korang boleh tukarkan kepada minuman...kiranya macam tiket masuk la ke Floating Market ni...







Lepas ja dari situ, kami ke Ladang Strawberry yang biasa..tak ada apa yang istimewa, sama macam di Cameron Highlands..aku rasa Cameron lagi okay kot...

Lepas melawat lebih kurang di ladang strawberry tu, terus balik ke Bandung, makan malam dan berehat..memang tak banyak tempat sebab jarak dari satu tempat ke satu tempat makan masa yang lama sebab jauh dan jalan jammed.

Malam tu, lepas ja mandi, aku dengan beberapa ahli rombongan ke Jalan Chihampelas berdekatan hotel..tempat ni kiranya macam pasar malam..setiap malam ada..nak cari cenderahati macam beg tangan, baju tshirt dan makanan, boleh dapat dekat sini...

Jarak dari hotel ke Jalan Chihampelas ni tak jauh, dalam 100 meter...









Yang menarik perhatian aku dekat sini, setiap kedai ada nama kartun yang femes, siap ada patung kartun tu lagi..contoh macam Popeye, King Kong, Spiderman, Catwoman, Batman...tapi disebabkan malam, gambar tak jelas...korang boleh ke sini...

Dorang bukak tak lama..sampai dalam pukul 10 malam ja...kalau waktu Malaysia sampai pukul 11 malam...beza Indonesia dengan Malaysia cuma satu jam...

Okay...dah habis bahagian dua..nanti sambung bahagian 3 pulak..di Jakarta...selamat malam semua...
posted from Bloggeroid

28 Oktober 2015

Part 1: Kembara Jakarta - Bandung

Tepat jam 10.30 malam pada 22 Oktober lalu, bas yang membawa 35 orang kampung aku bertolak ke KLIA2 untuk lawatan empat hari ke Jakarta dan Bandung....semua ahli rombongan adalah 37 orang, dua orang lagi terus ke KLIA2 sendiri...terpaksa bertolak malam sebab kapal terbang kami pukul 7 pagi keesokkannya.



Perjalanan selama 2 jam dari KLIA2 ke Jakarta tak terasa sangat sebab mengantuk campur dengan teruja untuk tengok negara orang..ni kali ketiga aku ke Indonesia selepas Banda Acheh dan Djogjakkarta...

Sampai ja di Soekarno Hatta International Airport, dah ada pemandu pelancong, Pak Ari, tengaj tunggu kami..lepas selesai semua urusan, kami terus dibawa ke Bandung...



Disebabkan tempat kapal terbang berhenti jauh, semua penumpang akan dibawa dengan bas ke terminal untuk urusan imigresen dan. sebagainya..



Lepas ja semua urusan, kami terus ke Bandung...perjalanan agak lama, dalam 3 jam sebab jalan sesak...menurut Pak Ari, orang Jakarta akan keluar ke Bandung atau bandar berdekatan pada hujung minggu, jadi sebab tu jalan sesak...

Sampai di Bandung, kami terus dibawa ke restoran untuk makan tengah hari...suasana restoran ni aku suka, klasik, sebab kayu..



Selesai makan, kami tak terus balik hotel, terus bershopping di Jalan Cidabuyut. Kat sini ada jual banyak barangan kulit original..harga murah sikit dari Malaysia..





Jalan ni panjang dan luas...tapi kami dibawa ke satu kawasan...semua ada dalam tu, termasuk baju-baju...

Disebabkan semua penat selepas seharian tak mandi, jadi semua tak shopping sangat...terus pulan dan check in hotel..keluar pun untuk makan malam....kami menginap di Hotel Andelir, Bandung selana dua malam.



Aku pengsan terus malam tu sebab dua tiga hari sebelum tu, keja banyak gila...

Ada sambungannya nanti..tungguuuuu...
posted from Bloggeroid

27 Oktober 2015

Aku memang lambat sikit...

Baru-baru ni aku ikut rombongan orang kampung ke Jakarta-Bandung selama 4 hari 3 malam...cerita dekat sana, nanti aku cerita lain untuk next story..tunggu ya..insya Allah, malam esok aku cerita...



Okay, apa yang aku nak cerita ni, aku terlambat sikit untuk 'catch-up' dengan alatan untuk melancong ni..hahaah..bukan alat apa pun, cuma monopod atau selfie stick ja...hahaha

Disaat orang dah tak pandang sangat dengan monopod, aku baru terkedek-kedek nak beli...sebelum ni aku gelakkan orang sebab usung 'kayu golf' tu ke mana-mana...akhirnya, aku terpaksa juga beli untuk bergambar supaya dapat 'view' yang lagi luas dekat belakang berbanding kalau aku selfie guna tangan...



Segan weh masa nak beli tu..ya la, orang dah tak pandang sangat sebab orang dah makin ramai guna SJCam atau GoPro...pada awalnya pun, aku cadang nak beli fisheye lense, tapi aku cari tak jumpa...

Nampak tak betapa agak ketinggalannya aku dalam bab alat-alat travel ni, bab selfie ye...orang lain dah beli dan ada yang dah tak guna dah pun, tapi aku baru nak beli...

Aku memang lambat sikit bab-bab teknologi ni...hahaha..maaf la ye...
posted from Bloggeroid

19 Oktober 2015

Nak tulis novel semula...

Aku seorang yang suka sangat baca novel, terutama novel cinta...dari zaman aku sekolah memang aku suka baca novel..kalau tak silap aku, dari darjah enam...dan masa harijadi aku yang ke 12 kalau tak silap, aku mintak abah belikan novel untuk aku sebagai hadiah, tak banyak pun, satu je...

sekarang koleksi novel aku ada dalam 30 buah..kalau ikutkan dalam 50 buah, tapi disebabkan aku pinjamkan dekat kawan aku, dan dia 'terhilangkan' novel aku tu...takpe lah..takda rezeki novel-novel tu untuk bersama aku...

dan, tahun lepas, aku dah mula untuk tulis novel aku sendiri, macam biasa novel berkisarkan cinta...tajuk dah ada dan aku sendiri dah tulis sampai bab lapan tapi terhenti sebab masa tu sibuk dengan study semester akhir...mood nak menulis novel tu pun dah hilang...

sekarang ni bila dah kerja dan ada masa lapang waktu malam, aku ingat nak sambung balik jalan cerita novel aku tu sebab ada masa terluang..takkan aku nak tengok Running Man dan layan movie ja tiap-tiap malam..nak keluar melepak, kesian pulak dekat member-member aku sampai tiap-tiap malam nak lepak dengan aku...hahahah..

jadi aku ingat, nak buat novel secara online dan update di blog aku...mungkin seminggu sekali atau dua tiga hari sekali aku akan update kan satu bab...dan bila dah siap semua, baru aku hantarkan manuskrip aku ke mana-mana syarikat penerbitan, kalau siap lah...

mulanya aku ingat nak hantarkan ke penerbitan novel online macam penulisan2u ...tapi aku tak pasti syarat-syarat atau peraturan yang aku kena ikut. Bukan apa, takut kena hantar seminggu sekali dan aku tak sempat nak buat..sekurang-kurangnya kalau dalam blog aku, aku masih boleh 'tangguhkan' dua atau tiga hari untuk publishkan setiap bab...

jalan cerita aku dah ada, sinopsis, watak semua aku dah ada..cuma nak fikirkan untuk publish dalam blog atau hantar ke kakinovel...

kena ada komitmen kalau aku nak tulis semula novel aku yang tergantung tu...
posted from Bloggeroid

17 Oktober 2015

Aku Tak Boleh Jadi 'Crime Reporter'


Aku rasa jiwa aku tak cukup kuat untuk jadi wartawan yang fokus dalam isu-isu jenayah...serius...memang jiwa aku cukup lembut sebab aku tak boleh tahan kesedihan aku tengok orang yang bersalah dan dalam kesedihan...

Contohnya tadi masa aku ke Unit Forensik Hospital Ipoh untuk 'tunggu' mayat yang terlibat dalam kemalangan jalan raya...

Masa aku sampai, anak lelaki mangsa dah sampai dan menangis..aku dengar dia menangis dan aku sendiri rasa sedih dengar si anak menangis..aku tak sanggup walaupun bukan aku yang hadapi semua tu...

Lepas tu, datang saudara dia dan menangis jugak sambil peluk si lelaki tu..aku dah macam nak menitis air mata aku...aku tak dapat bayangkan perasaan dia bila kehilangan ayah dan adik dia serentak...

Walaupun bukan aku yang hadapi semua tu, tapi aku tak sanggup tengok kesedihan orang lain...rasa sebak terus..nak bertanya pun tak sanggup walaupun dekat kawan-kawan dia...

Lagi satu bila di mahkamah bila hakim jatuhkan hukuman, ada rasa kesian dekat pesalah dan keluarga...

Mungkin jiwa aku jenis lembut, tak dapat nak tutup perasaan aku..cewahhh..walaupun atas dasar kerja, tapi memang aku tak boleh..mungkin jugak ni first time aku cover isu macam ni, tapi aku rasa untuk lepas-lepas ni, aku tak boleh untuk kekal di 'crime desk'...sesekali macam ni mungkin boleh..tapi kalau 'maintain' di meja yang sama..mungkin susah untuk aku...

Aku rasa 'beat' atau "kepakaran" (tak pakar sangat pun) dalam isu politik dan isu semasa...sukan dan bisnes memang aku dah angkat bendera putih dah..hiburan aku tak cuba lagi...
posted from Bloggeroid

16 Oktober 2015

Aiskrim Milkcow...

Semalam lepas habis kerja aku dan kakak ofis aku bosan tak tau ke mana...dia pun malas nak balik awal, jadi dia ajak aku melepak cari minum petang di kawasan Ipoh ni...mulanya tak tahu nak ke mana...dan dia ajak aku ke Milkcow, sebab tak tahu nak ke mana...lagi pun, aku dengan kakak tu pun tak pernah rasa Milkcow, jadi terus pergi ke sana di Ipoh Old Town..berdekatan dengan Plan B, Ipoh...



Masuk je dalam kedai, terus di sapa dalam bahasa Korea.. "Annyeonghaseyo"...ehhh...Milkcow ni dari Korea ke?hehehhe...tak tahu pun...



Dan terus ke kaunter untuk order aiskrim...tengok menu dulu...menu kat sini pun tak banyak, dalam 12 menu aiskrim dan ada side dish macam kek dan macaroon...





Aku pesan Macao Dream dan akak ofis aku pesan Milky Cube...harga? Paling murah RM11.50...size cup tu lebih kurang macam size chocolate Sunday di Mc Donald...





Milky Cube ada sarang lebah, dan Macao Dream ada macaroon sebijik...korang boleh pilih nak macaroon perisa apa..macam aku, aku ambil perisa red velvet...

Rasa aiskrim ni masa suapan pertama, sedap...tapi bila dah makan banyak dan nak habis, dia jadi muak sikit...mungkin sebab kenyang kot sebab sebelum tu aku ada makan dekat pejabat...

Lagi satu rasa Milkcow ni macam susu tepung budak...korang pernah rasa susu tepung budak yang sebelum dibancuh?tapi bukan susu tepung la, sebab aku nampak ada kotak air susu staff situ masukkan dalam icecream maker...cuma rasa aiskrim tu lebih kurang macam tu...aku tahu rasa susu tepung budak sebab kadang-kadang aku bancuh susu untuk anak buah aku, jadi aku rasa sikit..heheeheh...





Suasana kedai ni relax sikit, mungkin tak ramai orang dan pelanggan ramai yang beli dan keluar...tak makan dalam tu...aiskrim dia semua sama je perisa, cuma tengok 'topping' yang lorang pilih...

Yang sarang lebah tu, aku tak pasti betul atau tak, tapi manis sangat...mungkin betul la kot itu sarang lebah, atau buat dengan gula...ada macam 'hampas' bila makan..hehehe...




posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...