30 September 2015

Kisah Penjual Burger Tepi Jalan Bertatu...



Alkisahnya, aku tak tau nak makan apa malam ni..cuma nak cari makan yang mudah ja...jadi aku pergi ke satu gerai burger dekat dengan rumah sewa aku...masa mula-mula sampai depan gerai dia, aku tak perasan abang tu bertatu...

Lepas dah pesan, baru aku perasan yang dia ada tatu dari siku ke atas (aku cukup yakin itu bukan 'hand-sock' yang bertatu tu)...kemudian aku rasa macam dah silap gerai burger dah...ya...aku tahu aku bukan baik sangat...tapi untuk beli sebiji burger dari abang yang bertatu yang aku rasa dia jahat sangat...aku rasa aku tak boleh...

Mungkin Allah nak tunjukkan aku sesuatu....lepas aku pesan tu, ada tiga empat orang datang untuk beli burger jugak...apa yang buatkan aku tersedar, setiap pelanggan yang datang selepas aku, semua dia bagi salam..

"Assalamualaikum dik/abang/kakak..."

Dan masa aku nak balik, dia ucapkan terima kasih dan bagi salam sekali lagi sempat minta maaf sebab aku tunggu dalam hujan renyai..

Aku terfikir...kalau kita yang tak bertatu ni dengan kawan-kawan kita pun bila jumpak tak bagi salam, sekadar "hoi, hai"...kenapa dia yang bertatu (yang aku anggap dia 'jahat' pada mulanya) boleh bagi salam...bab tatu tu mungkin dia ada kisah silam dia yang tersendiri dengan tatu tu...

Siapa kita untuk menilai seseorang tu dari luaran dia, dari pakaian, tatu dan sebagainya..mungkin apa yang dia buat (tatu) tu masa dia di zaman dulu-dulu..sekarang biarlah dengan Allah....

Ps: mungkin ada yang tak faham apa yang aku cuba sampaikan..baca2 la bagi faham...hahahaha....
posted from Bloggeroid

Waspada Penyakit Anjing Gila / Rabies

Kecoh satu Malaya bila tiga buah negeri di utara ni disahkan ada banyak anjing gila atau rabies...tadi masa aku tengah scroll Facebook, aku ternampak beberapa gambar tentang langkah-langkah berkaitan penyakit ni...





Mencegah lagi baik dari merawat...waspadalah....
posted from Bloggeroid

Lagi 23 Hari...



Fuhhhh...tak sabar pulak aku nak tinggalkan bumi Malaysia ni buat sementara waktu...tak lama dah....lagi 23 hari...buat kali ketiganya aku akan 'terbang' tinggi untuk beberapa hari lamanya...

Walaupun dekat, tapi asalkan dapat keluar sementara, cukuplah...memang teringin aku nak bercuti, tapi aku nak bercuti di tepi pantai...tak apalah...tak dapat tepi pantai, pergi 'sana' pun jadilah...

Pergi mana? Tunggu nanti lagi 23 hari..yang pasti...aku nak kena renew passport aku...tak cukul syarat sebab kurang enam bulan sebelum passport aku mati...
posted from Bloggeroid

28 September 2015

Jangan Buka !!! Tiada Apa-Apa Yang Menarik

Assalamualaikum...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
K bye...
posted from Bloggeroid

26 September 2015

Selamat Pengantin Baru Sakinah Said !!!

Akhirnya, ahli MPMP batch kedua yang pertama dah melangkah ke alam perkahwinan..tahniah buat Sakinah Said, atau kami panggil Kinah...lepas ni, akan ada dua tiga orang yang akan menyusul...aku?lambat lagi...









Sebelum balik, kami lepak-lepak dekat Tasik Raban dulu sambil mengumpat dan mengusik..aku akan rindukan moment ni...








Selamat Pengantin baru untuk Kinah dan pasangan...semoga kekal bahagia hingga ke jannah...semoga kekal bahagia bersama keluarga tersayang dan dapat anak-anak yang soleh dan solehah....insya Allah...amin...
posted from Bloggeroid

25 September 2015

Aku cemburu dengan mereka...



Lepas melepak dengan beberapa geng-geng sekolah delat KFC Bagan Serai tadi...aku rasa cemburu pulak dengan kawan-kawan aku...tengok semua dah berjaya dan dalam proses menempuh alam rumahtangga, takpun tengah bahagia dengan pasangan masing-masing...

Tapi, cemburu aku bukanlah yang negatif, aku bangga tengok kawan-kawan bahagia dan berjaya...bila tengok kawan-kawan lain berjaya, jadi secara tak langsung aku dah termotivasi untuk berjaya jugak...

aku ni, mungkin disebabkan baru habis belajar, jadi sekarang ni masih terkapai-kapai lagi nak cari hala tuju...cewahh ayat...

Insya Allah...rezeki masing-masing...mungkin rezeki aku lambat sikit...biar lambat asal berjaya...betul tak? Sekurang-kurangnya, aku boleh rancang dengan lebih details lagi untuk masa depan...insya Allah...

Semoga berbahagia dan berjaya kawan-kawan...lain kali kita akan jumpa dengan lebih ramai lagi...
posted from Bloggeroid

24 September 2015

Laksa Johor Yang Sedap

Selesai je kerja-kerja aku dekat office selepas sembahyang raya dengan Sultan Nazrin, dengan update storynya sampai ke malam, aku terus balik ke kampung...

Nasib la kampung aku dekat je...sejam setengah naik motor...tapi kan...aku rasa jauh sangat...sebab aku dah tak sabar nak makan laksa Johor...aku memang hantu laksa, tak kisah laksa mana sekalipun...cuma aku tak pernah dapat rasa laksa sarawak dengan laksa goreng je lagi...yang lain dah rasa...

Sebenarnya, mak aku dah lama tak buat laksa Johor ni..bertahun dah...dulu kerap jugak buat...lepas tu berhenti lama...

Sampai je rumah, aku tengok takde siapa...semua keluar beraya..takpe la..yang penting makan laksa dulu...

walaupun dah lama mak tak buat laksa Johor ni, tapi dia punya rasa...perghhh....masih kawww...betul la kan orang cakap, masakan ibu adalah yang terbaik...

Okay, laksa Johor ni agak berbeza dengan laksa utara..laksa Johor ni tak guna laksa beras, tetapi gunakan spaghetti sebagai ganti...kuahnya lebih kurang macam kuah biasa, tetapi tak dimasukkan bunga kantan, dan daun kesum.



Bahan-bahan hiasan pun lain sikit...kalau laksa utara selalunya ada timun, bawang, salad, limau dan cili..tapi berbeza dengan laksa Johor..hiasan untuk laksa Johor ni contohnya macam kacang panjang, timun (macam biasa), tauge dan 'sambal belacan' untuk bagi pedas...boleh perah limau kalau nak masam sikit...

Fuhhh...siap bertambah aku makan selepas berapa tahun aku tak dapat makan laksa Johor..puas hati kali ni makan...
posted from Bloggeroid

Kisah sekeping gambar...

Selamat hari raya Aidiladha buat semua...pagi ni, sebelum balik kampung aku kena cover satu majlis pada pagi raya...solat sunat aidiladha yang dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah...

Mungkin ramai yang tahu atau aku je yang tahu...aku sangat teringin nak bergambar dengan Sultan Nazrin dan Tuanku Zara...tapi selalu tak berkesempatan...cuma sempat bersalam ja dengan kedua-dua Sultan ni...

Dan pagi ni, Alhamdulillah..tercapai jugak impian aku nak bergambar...walaupun tak sempurna, cukup la ada sekeping gambar sebagai kenang-kenangan...



Aku minta fotografer yang pergi sekali dengan aku yang cover solat sunat aidiladha ni...cukup la sekeping...mulanya aku ingat nak ajak Tuanku 'selfie', tapi segan pulak, tambah lagi macam tak sesuai...cukup la ada sekeping ni..mungkin lain kali boleh kot untuk ber'selfie'...

Dan bestnya, aku juga sempat bersalaman dengan Raja Muda Perak dan Raja DiHilir Perak...
posted from Bloggeroid

23 September 2015

Bila orang lain dah balik kampung untuk beraya....



Cewahhh...sedih ja ayat kan...macam la aku tak balik kampung esok lepas habis kerja...memandangkan aku kerja esok, jadi aku kena balik lewat sikit ke kampung...nasib la kampung aku dekat ja..sejam setengah merempit dari Ipoh...

Lagi pun, tak terasa sangat...sebab Raya Haji...jadi tak la sedih sangat...macam ni la nasib seorang wartawan...cewahhh...bajey macam dah lama ja kerja wartawan ni kan..sedangkan baru dua bulan...

Ini cuma pengalaman...mana tahu masa depan nanti macam mana..silap-silap raya puasa pun aku tak boleh balik...balik kampung pun mungkin dah dua tiga hari raya baru dapat cuti...tak apa lah...pengalaman kan...bila lagi nak merasa...

Kepada bakal bini aku, siap sedia la untuk balik kampung seorang diri nanti kalau aku tak dapat cuti...

Apa pun...selamat Hari Raya Aidiladha buat semua...semoga ibadah korban kita pada kali ini diberkati..insya Allah...
posted from Bloggeroid

20 September 2015

Kenapa aku suka lepak kat kedai mamak?

Kedai mamak memang best...siapa yang tak suka lepak kat kedai mamak kan? Terutamanya lelaki....perempuan? Susah sikit nak lepak kat kedai mamak, kalau ada pun, nak lepak kat kedai mamak yang ada class atau terkenal sikit macam Kapitan...kalau mamak biasa-biasa ni...bo layan...



Macam aku, mamak jadi pilihan kedua aku untuk makan tengah hari...tapi sejak aku belajar dan bekerja ni...boleh kata dua atau tiga hari sekali aku akan ke mamak...gian oo nak makan nasi kandar atau nasi mamak ni...

Pagi sebelum pergi kerja...kalau aku malas nak bungkus nasi lemak tepi jalan, aku akan ke mamak...selain tu, ada beberapa sebab lain aku suka pergi kedai mamak...

1. Ada lagu-lagu lama Hindustan
Kalau aku sarapan dekat kedai mamak, tambah lagi dekat Mohamad Bistro Tambun, memang dia akan pasang lagu-lagu filem Hindustan yang lama-lama macam Baazigar, Kuch-Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai, Maan, Dilwale Dulhaniya Le Jayenge... lepas tu, sampai je kat pejabat, aku terus bukak Youtube... cari lagu-lagu tu...layan sampai ke petang...nostalgia beb lagu-lagu tu...

2. Semua makanan ada
Dari roti canai, goreng-goreng sampai la ke nasi campur semua ada...pergi la waktu bila sekalipun, mesti ada...jangan risau...jadi kalau nak berjimat, boleh je order roti kosong...



3. Buka 24 jam
Masa belajar dulu, bulan puasa dan kalau aku 'stay up' buat assignment sampai pukul 2-3 pagi, memang aku akan cari kedai mamak...bila berjaga sampai lewat pagi ni, memang lapar kan? Nak cari kedai makan Melayu, susah nak ada yang 24 jam...lagipun kalau kat mamak, takkan kau nak cari nasi mamak, mesti nak cari mee goreng ke...haaa..so mamak la ceritanya...



4. Mamak yang mesra pelanggan
Masa sampai kat mamak, kadang-kadang aku belum sempat duduk pun, ada dah yang datang berjalan dekat meja aku untuk ambik order...itu cepat... dan kalau kau jenis suka melepak lama-lama dengan kawan kau, panggil la berapa kali pun untuk mintak air kosong, dia akan datang hantarkan..cuba kalau kedai orang kita, panggil kali kedua pun dah buat muka...

Memang tak semua kedai orang kita macam tu...ada yang aku pergi, diorang layan elok ja kita...penuh dengan senyuman walaupun panggil berulang kali..tapi susah la nak jumpak kedai makan yang macam tu...

5. Makanan yang sedap
Best part kedai mamak ni adalah lauk dia...aku cukup suka dengan nasi kandar...tambah lagi ayam goreng dia...apa yang aku perasan...ayam goreng dekat kedai mamak ni berbeza rasa walaupun kita tengok macam biasa...cuba kita rasa betul-betul..memang akan rasa beza dari kedai mamak yang lain..beza dari segi barang perapan la kot...ayam tu masih lagi ayam..



Lagi satu, kuah-kuah lauk campur ni, memang pekat dan cukup rasa...tak macam sesetengah kedai makan orang kita...kadang-kadang kuah tu cair dan takda rasa...cuma kalau kat Shah Alam..aku suka ke Re-Done dan foodcourt Seksyen 7..situ memang sedap lauk campur dia..masakan Melayu...tapi jangan risau..aku tetap suka makanan Melayu...cuma dalam seminggu tu, mesti akan sekali paling kurang aku akan makan nasi mamak...kalau tak, rasa macam tak sempurna makanan harian aku...hahahaha....
posted from Bloggeroid

19 September 2015

Jangan biar dia bersendirian...

Dalam merentas arus masa, manusia semakin berubah...semua manusia berubah...sama ada dari jahat menjadi baik atau sebaliknya...tapi kita kena ingat...setiap perubahan yang berlaku, ada sebabnya...jangan kita buat andaian sendiri jika seseorang itu berubah, dia ada sebab tersendiri mengapa dia berubah...

Mungkin dari luar, kita melihat dia ketawa gembira bersama teman-temannya...tapi dalaman? Siapa tahu dia mungkin menangis seorang diri...mungkin rahsia yang dia pendam itu, dia tak tahu nak luahkan bagaimana, dengan siapa dan kenapa? Sebaiknya, beri dia ruang untuk bersendiri...yang penting, jangan biarkan dia terkapai-kapai seorang diri...

Walaupun dia tidak bercerita, cukup sekadar untuk kita berada di samping dia supaya dia tahu yang dia tidak bersendirian...

Bila kita rasa dia punyai masalah, jangan ditekan, jangan disoal mengapa dan kenapa...cukup kita bagi dia ruang dan masa sehingga tiba saatnya, dia rasa selesa untuk berbicara...
posted from Bloggeroid

18 September 2015

Food Review : Thumbs Cafe, Ipoh

Akhirnya dapat juga aku merasa makan dekat Thumbs Cafe..untuk makluman korang...Thumbs Cafe merupakan salah satu cafe hipster daripada 100 lebih cafe hipster atau terkenal di Ipoh ni...kedudukan cafe ni di Greentown Ipoh dan bersebelahan dengan Karat Cafe.

Okay...aku pergi malam semalam selepas buat 'farewell party' dengan kawan-kawan aku semalam...

Kita mulakan...menu dekat Thumbs Cafe ni memang banyak berbanding cafe-cafe hipster yang lain di Ipoh ni...





Dan malam semalam, masa aku dan geng-geng aku pergi...orang memang penuh...nasib ada tempat...korang boleh pilih nak makan di dalam atau diluar cafe...





Aku suka suasana cafe ni yang rileks dan tenang...suasana cafe ni walaupun ramai, tapi masih 'menenangkan'...lagi satu yang aku suka pasal Thumbs Cafe ni, dekorasi dia nampak mewah walaupun kalau tengok dari luar macam gerai biasa...so, don't judge a book by its cover...

Makanan...aku tunjukkan dulu gambar, baru korang baca komen aku tentang rasa dekat cafe ni...













Ini apa yang aku dan geng-geng aku pesan...aneka nasi goreng di sini, bagi aku biasa ja...sama macam dekat luar...tapi western food dia aku suka...spaghetti dan chicken chop dia memang mantap...

Bubur nasi? Aku bagi 5*...aku mengaku yang aku bukan penggemar bubur nasi, tapi disebabkan nak buat review, aku gagahkan juga merasa sesudu...tapi aku tak sedar yang aku dah makan bersudu-sudu bubur nasi kawan aku..nasib aku cepat sedar diri..kalau tak..habis bubur nasi dia..memang sedap...

Lagi satu..kalau korang nak sambut hari jadi sesiapa dekat sini, boleh jugak..sebab masa aku tengah makan, ada satu kumpulan pelajar kalau tak silap aku, sambut birthday kawan dorang..jadi pekerja Thumbs Cafe ni pasang lagu 'Happy Birthday'...so nampak macam special sikit la...

Dan akhir sekali...walaupun orang ramai masa aku datang, tapi servis cafe ni memang cepat...korang takkan tunggu lama untuk makanan korang sampai...itu yang aku suka...

Kalau korang datang...aku cadangkan korang datang ke Thumbs Cafe...terima kasih...
posted from Bloggeroid

Sampai Berjumpa Lagi Semua...



Ingatkan nak update blog tiga sekali malam tadi..tapi tak tertahan mata, jadinya cuma update tentang filem Kapsul je...

Lepas je habis tengok wayang semalam, aku terus ke Ipoh Parade untuk main boling, makan-makan dan lepak-lepak sebelum berpisah dengan member-member nad, maya,beb yang dah habis belajar dekat IPG Ipoh...

Mula-mula sekali kami bersepuluh main boling sama-sama..jujur aku cakap, ni adalah kali kedua atau ketiga aku main boling...tak pernah main pun sebelum ni...







Walaupun aku jarang main boling...tapi aku bangga dengan diri sendiri..cewahhh...dapat juga la strike dua kali...masuk 'longkang' pun kerap jugak...





Lepas je main boling, semua confius..nak pergi makan dekat mana...ada yang cadang dekat sini, ada yang plan nak ke sana...itu la..banyak sangat cafe hipster dekat Ipoh ni..tak tahu nak ke mana...akhir sekali..keputusan dibuat untuk ke Thumbs Cafe, di Greentown...







Masa dekat sini, ada sedikit kejutan untuk dorang....takda la kejutan sangat pun..hahaha..tak tahu nak buat apa..so kami cuma beli kek ja untuk diorang...





Lepas makan-makan..seperti biasa...masa untum bergambar dan berselfie...sebab lepas makan-makan tu ada yang nak balik sebab lerja awal pagi dan tengah malam...







Kepada Nad, Maya, Beb, Zatie...take care of yourself...selamat menempuh alam pekerjaan..semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila..jaga Baymax tu elok-elok...hahahaha


posted from Bloggeroid

Filem Review : Kapsul

Cuti hari ni, aku pergi tengok wayang yang aku sangat-sangat nak tengok sejak aku tahu Tun Mahathir berlakon dalam filem Kapsul...



Tepat pukul 4.20 petang, aku dah ada dekat TGV Aeon Kinta City dan seperti biasa, aku pergi tengok sorang-sorang...well..jenis aku kalau aku nak sangat tengok cerita tu, aku akan tengok jugak walaupun seorang diri...







Ok..filem pun bermula...filem ni tak mengantuk walaupun dari mula...semuanya menarik dan pelakon-pelakon yang berlakon dalam filem ni, semuanya aku suka...antara pelakon filen ni ialah Datuk Tarmimi Siregar, Faizal Hussein, Jue Aziz, Joey, Elly Mazlien dan beberapa lagi..aku tak ingat nama...

Apa yang menarik tentang filem patriotik ni, kita akan dibawa merentasi masa zaman pendudukan Jepun ke Tanah Melayu, zaman nak mencapai kemerdekaan, zaman komunis dan zaman moden...

Kita akan dapat tengok macam mana kepayahan orang dulu untuk mencapai merdeka...pelakon berjaya memainkan watak masing-masing dengan baik, tambah lagi Jue Aziz dan Elly Mazlien...

Antara lain yang menarik, penggunaan CGI yang aku rasa dah meningkat setapak lagi..nak kata setanding dengan Hollywood tu, takda la...cuma setaraf dengan filem Hikayat Merong Mahawangsa...dah nampak ada peningkatan dalam dunia perfileman kita...

Yang ni aku tak tipu, ada beberapa dialog yang membuatkab aku 'meremang' bulu roma...aku tak tipu..kalau korang hayati betul-betul filem ni, memang akan buatkan bulu roma korang (mungkin juga bulu-bulu lain) akan meremang...



Dan aku tahu, korang semua mesti eksaited bila Tun Mahathir akan 'keluar'...hahaha..sama macam aku..sentiasa tunggu...dan kemuncaknya dah sampai di penghujung cerita...Tun Mahathir pun keluar....





Babak yang aku rasa paling 'win'...aku dah siap henfon di tangan untuk ambil gambar ni...Tun Mahathir ada ungkapkan dialog yang memang bagi aku, meremang bulu roma..ayatnya mudah, tapi makan dalam dan penuh mendalam...

"Bagi orang muda macam kamu, perjuangan belum selesai..."

Walaupun satu ayat yang pendek, tapi penuh mendalam..memang 'perjuangan belum selesai,Tun..."

Selain filem 1957:Hati Malaya, Tanda Putera dan beberapa filem lain, filem Kapsul adalah sangat berbaloi untuk ditonton...filem ni dalam tersirat memperingatkan orang Melayu tentang kesusahan nenek moyang kita untuk berjaya...aku sarankan korang tengok filem ni...

Untuk filem ni, aku bagi 9 dari 10 bintang...kurang dekat CGI..yang lain sangat superb...baik korang pergi tengok cepat-cepat...
posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...